Pages

Saturday, January 31, 2015

Pendidikan Seni Visual

assalamualaikum..

sebentar tadi pergi rumah abg, belakang rumah ja.. tengok ank buah form 4 tengah melukis mewarna utk kerja seni sekolah dia.. saya pon tolong warna sikit utk dia..
kerja seni
tengok dia dok mewarna teringat zaman sekolah saya dulu.. masa form 4 class saya mmg ditawarkan ambek pendidikan seni visual tapi saya memang berminat sangat la sebab saya bukan kreatif pon.. nak melukia pon gagap gagap.. tapi ambek juga lah untuk SPM.
masa zaman sekolah rendah dulu, masih saya ingat, saya ada melukis satu pemandangan dan warna guna caryon ja. lukisan tu saya tiru sikit dari lukisan guru besar saya. dia pernah masuk mengajar dalam class saya masa darjah brapa tah.. then lukisan saya lukis tu saya hantar ke ruangan mewarna kot dalam akhbar didik dalam paper Berita Harian. alhamdulillah lukisan saya ada keluar paper. bangga sekejap..hahaha bukan dapat hadiah pon. seronok hantar ja.
colour air
dulu saya ada sekotak Buncho ni. tapi semasa exam Pendidikan Seni Visual SPM kawan saya pinjam. masa tu diberi pilihan untuk membuat lukisan. saya pilih guna warna kayu ja sebab senang dan cepat. so kawan saya nak pinjam la warna Buncho saya tu.. bagi ja la.. bila habis exam sampai kesudah dia tak bagi balik. saya pon terlupa tapi bila ingat balik, tak kan nak mintak balik plak. dah lama dah.. sayangnya.. masih elok taw saya jaga.. sekarang saya ingat balik warna saya, nak mintak pon tak sanggup dia dah ank dua dah.. huhu

masa result SPM untuk Pendidikan Seni Visual alhamdulillah result saya ok.. syukur sangat..


Merentas Desa

assalamualaikum...

Di sekolah rasanya sekarang musim latihan untuk sukan sekolah.  tengok petang² anak buah selalu pergi latihan..

pagi tadi tengah menyapu kat halaman rumah, tengok ada budak² sekolah menengah sedang merentas desa. lalu depan rumah saya.. jiran² dekat rumah pakat keluar la tengok anak masing².. jiran depan rumah aku lagi la siap kuarkan air sejuk berbotol² nak bagi utk ank dia dan budak² lain..

lari jangan tak lari
dok menunggu anak buah lalu, tak nampk rupa.. dah pesan awal², makcik jangan tengok dia lari.


dari jauh ja ambil gambar
masa zaman sekolah dulu, kalau merentas desa akan lalu depan rumah..
pesan siap² kat mak dan kak tunggu depan rumah, cheq nak lari nanti..
padahal bukannya lari pon.. lari masa cikgu lepas tu lari sekejap 100 meter lepas tu jalan ja lebih. hahaha

sekarang ni, bila dah badan makin naik baru terasa.
 ishh menyesal la jarang jogging. masa stdy dulu satu sem ada la 2,3 kali ja turun jogging. lepas tu joging atas katil ja la.. lepas ni kena tekad lah..amalkan jogging.. 

Friday, January 30, 2015

SIMPLE 2015 BY SHAD

assalamualaikum


Greetings and Assalamualaikum.

Jemput join GA Simple 2015 by Shad


Klik Banner untuk Join

Hadiah:

Powerbank Pineng (PN-983) x1 Pemenang
Top-up RM5 x10 Pemenang
Hadiah Misteri x10 Pemenang

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org

Tarikh Giveaway ini berlangsung : 15.1.2015 - 15.2.2015 (11.59pm)
Tarikh Semakan : 16 dan 17 Feb 2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : Selewat-lewatnya 20 Feb 2015


=======================
Ads

Program Mykad Smart Shopper 
Jom Aktifkan Mykad


Jika sudi, G+1 Entry/ Like atau Share Entry Jom Aktifkan Mykad Shad ya. 
Terima kasih semua. Jasa anda dikenang.

Terima kasih sudi join Ga Simple 2015 by Shad. Good Luck

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

assalamualaikum

klik banner

Giveaway Lepas Exam

assalamualaikum

klik banner

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

assalamualaikum

klik banner

Syarat simple ja..
1. Copy Paste Tajuk Entry, Banner, linkkan ke blog sha dan hantar di komen ini sahaja..
2. Follow Blog [http://www.opzzpinky.my/], Follow Insta [http://instagram.com/opzzpinky]dan Like Fan Page Blog [https://www.facebook.com/OpzzpinkyDOTMy?ref=hl]
3. Pilih Warna Lipstik kegemaran anda (warna mengikut stok terkini) dan sertakan sekali dalam komen ya.. (saya pilih no 4)
Hanya satu pemenang bertuah akan dapat 1 Kiss Proof lipstik yang berharga RM18 termasuk postage Satu Malaysia, untuk membeli sila ke SE-SHOP
Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik bermula pada 25 January sehingga 7 February 2015
Good Luck yooo...

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin.

assalamualaikum..

klik banner

HADIAH :

1. Top Referral - Cash RM20
2. Shiseido face mask hitam + Fridge Magnet (gambar kat banner)
x 15 pemenang

tag

Wednesday, January 28, 2015

Nyanyuk ka terlupa!

assalamualaikum...

sekarang ni, disebabkan saya masih bercuti di kampung. so tugas memasak akan diserahkan pada saya la, kecuali hari minggu time ramai² balik, saya serah bab masak pada kak saya..saya nk relax ya..hihi teruk betul.
Isnin lepas nk dijadikan cerita, dah settle masak semua..saya pon relax² lah depan tv sambil blogwalking..boleh plak sampai tertido. nasib lah terjaga, tengok mak ayah tak makan nasi lagi.. panggil lah mak ayah makan, nk hidang ni.. sekali nak ambil nasi, cari mana nasi ni.. dah hilang ka!
cuba mengimbas balik, rupanya lupa masak nasi.. adohai.. cepat² letak nasi.. senyum ja kat mak ayah.. kul 3 jugak la mak ayah makan nasi..hihi
dah nyanyuk ka saya ni!


petang semalam try apply tips dari blog arzmohd tentang kuasa ubat gigi ke atas cermin lampu keta... cari ubat gigi yang tak pakai..terus gosok kat lampu keta..menjadi la...

Tuesday, January 27, 2015

Pasar Malam

assalamualaikum...

tiap hari Selasa di kampung saya akan ada pasar malam.
tapi saya jarang pegi.. kalau pasar malam tempat lain saya suka pegi tapi kalau di kampung sendiri segan nak pegi.
so, selalunya order ja kat anak buah.
hari ni teringin nk makan rangka ayam.
rangka ayam
sambil tengok cita kat tv sambil dok makan rangka ayam ni... 

Sunday, January 25, 2015

Orang Baru ke 13

assalamualaikum...

tengah kemas² dapur..mak bagi tau kak ipar tengah dok rasa sakit..ajak ke rumah abg, belakang rumah ja..
abg dah hantar wife dia ke klinik so saya temankn ank dia yang ada kat rumah. esok budak² nak sekolah. mak siap pesan doa2 lagi...
dalam 2 jam gak lepas abg balik kejap bagi tahu dah selamat dan mintak buatkan air milo utk kak ipar..

alhamdulillah.. kak ipar selamat bersalin ank lelaki.. ank buah yang ke 13 kali ni dan ank buah lelaki ke 5. still tungu keputusan lagi..boleh bawak balik ke rumah atau tak.. harap tak ada apa²..insyallah.

Saturday, January 24, 2015

Untuk Minggu ini

assalamualaikum...

jumaat smlm free, budak² tak sekolah... sempat keluar Alor Star mncari bilik sewa.. harga sebilik pon dah mahal.. baru dalam Kedah..bukan kat KL lagi.
nak tak nak..kena terima gak..
nasib ada teman yang sedia menemani saya mencari bilik sewa..
settle pegi usha rumah, nk lunch plak..dh pukul 3 dah.. nak mencuba Chicken Rice Shop kt Aeon Big.. sebelum ni tak pernah ada lagi cawangan di Kedah..
so pantang ada restoran baru buka kt Kedah semua nk try...
set utk 3pax
rasanya biasa-biasa ja... makan nasi ayam kedai biasa lagi sedap..hihi
bff
seterusnya mlmnya..sambut besday ank buah..
mat dib,mat haziq, yayan
besday mat haziq yg ke 8 tahun...
alang² ramai kat rumah.. buat la makan-makan sikit kat rumah.. tu pon dah riuh dah...  
belum balik semuanya lagi...  esok sunyi balik rumah, bila dah balik rumah masing-masing..

Wednesday, January 21, 2015

Tugas Pagi-pagi..

assalamualaikum....

Selamat pagi semua. ..
sejak dah balik kampung ni.. tugas saya pagi- pagi akan menghantar dua orang ank buah ke sekolah....
kalau tak sebelum ni mak dia lah hantar tapi disebabkan kak ipar saya baru-baru masuk hospital 4 hari..tengah sarat pregnant sekarang ni..so tugas diambil oleh saya kalau ayahnya kerja...
sambil menunggu mereka siap.. update kejap sambil menghirup udara pagi-pagi diluar rumah ni... kabus ja lagi dengan bunyi ayam berkokok...syokk bila berada di kampung...

Sunday, January 18, 2015

Terima Kasih Daun Keladi..

assalamualaikum...

alhamdulillah... berjaya juga saya habiskan paper terakhir saya khamis lepas.. syukur sangat..lepas ni tunggu result. hopefully semua paper sem last ni yang terbaik.. 
nak prepare diri ke praktikal plak..

Jumaatnya baru saya berangkut semua barang balik kampung.. mau penuh keta walaupon dh setengah barang di bawa balik sebelum ni..

sampai ja rumah, terus ja baham nasi lauk pauk kak masak.. dah brapa hari tak makan nasi tau..nk diet katakan..
terusnya baru saya mencari barang² yang abg posmen ada hantar... ada 3 barang di pos kepada saya... jom tengok sapa yang hantar..

first saya buka kotak yang paling besar lah..
hadiah ni sempena saya antara top komentar dari blog kak shikin..boleh rujuk di sini.. terima kasih akak...semuanya sampai dengan selamat..

Tupperware

penanda buku dari Vietnam dan Fridge Magnet hasil tangan kak shikin



yang kedua plak.. dari Sabah..jauh nun disana.. 
produk elken.. Milk tea..daripada Cikgu Etuza sempena top komentar di blog cikgu.. 
sedap minuman ni dan senang nak bancuh.. slalunya kt rumah still guna serbuk tea lagi.. terima kasih cikgu..
milk tea

yang ketiga ialah souvenir oleh Ieda dari Putrajaya.. ia sempena saya terpilih dalm giveway Ieda nak bg souvenir..
comei souvenir ni dari Koh Lipe Thailand. Thanks Ieda.. 


mai-mai ikut saya pergi terjah ketiga blog ni...



Friday, January 16, 2015

Rezeki Sekitar Rumah

assalamualaikum...

ni cerita time cuti Maulidur Rasul lepas.. 
berada di kampung bersama family.
pada malam nya family ada buat BBQ
esoknya plan nak tangkap itik plak nak disembelih..
abang sulung ada membela beberapa ekor itik, so dah alang-alang ramai kat rumah..dia mintak sembelih ja itik dia 3 ekor..ni bukan itik nila( tak tahu la kalau tempat lain panggil itik apa), ni itik bertelur mak cakap.. 
pagi sabtu tu, kerja lelaki lah menangkap itik..bekerjasamalah mereka, abg,abg ipar dan anak buah.
sekali menyembelih lah. kerja menyembelih ni abg ipar.. nasib baik dia tahu semua bab-bab sembelih ni.. selalunya ayah yang buat.. time sembelih ni, memang saya tak pegi tengok la.tak berani hihi.. padahal dulu kecik-kecik suka tengok ayah sembelih ayam.

proses mencabut bulu

settle kerja sembelih itik ni.. then tugas mencabut bulu dan memangang itik ni..
tu semua kerja abg dan kak.. saya time dah nak habis baru tunjuk muka hihi.. teringat dulu kecik-kecik, mak selalu ja suruh buat kalau ada buat sembelih ayam.. dah besar demand sikit tak nak buat.
bila settle siang semua.. part saya membasuh la.. nasib baik la 3 ekor ni tak besar mana. 
tapi bab masak kak dan kak ipar plak ya.. 
perancangan awal nak buat gulai itik dengan buah betik.. dicancelkan, buat masak kurma dengan ubi lah..


masak kurma..gambar tak cantik plak..
semasa mereka tengah memproses itik di belakang rumah, saya sempat lagi kutip segala ulam di sekitar rumah..mak cakap hari ni ayah tak beli sayur dan ikan..so makan apa yang ada ja.. lauk itik dah ada..so ulam-ulam ni di buat kerabu..
boleh satu bekas besar juga kutip ulam-ulam ni..
then buat sambal belacan, goreng ikan kering.. settle semua...


menu ringkas tapi sedap..
semuanya ada sekitar rumah ja..
ada lagi kat kampung tu, buah kundur, pucuk ubi..pucuk geti, sedap buat masak lemak ni.. sekarang ni member dok post makan siput plak..sedapnya.. kena balik kampung ayah ni mencari siput..

alhamdulillah, rezeki ada ja sekitar rumah.. kita berbudi pada tanah, nampaklah hasilnya. 



" Segmen : Selamat Hari Lahir By Cik Ash"

assalamualaikum
klik banner

sempena besday Cik Ash..
ehh nama macam anak kak farah, Ash comei tu

nk wish hepy besday utk Cik Ash..
semoga sentiasa dimurahkan rezeki..

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

assalamualaikum...
klik banner

jom join..

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday Fuza

assalamualaikum..

klik banner

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday
happy besday fuza..
semoga terus berjaya dalam dunia blogger dan diberikan kesihatan yang baik.

Mini GA by Ema Hasan

assalamualaikum...

klik bannner
meh ramai2 join...

GA Simple 2015 by Shad

assalamualaikum...

Greetings and Assalamualaikum.

Jemput join GA Simple 2015 by Shad


Klik Banner untuk Join

Hadiah:

Powerbank Pineng (PN-983) x1 Pemenang
Top-up RM5 x10 Pemenang
Hadiah Misteri x10 Pemenang

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org

Tarikh Giveaway ini berlangsung : 15.1.2015 - 15.2.2015 (11.59pm)
Tarikh Semakan : 16 dan 17 Feb 2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : Selewat-lewatnya 20 Feb 2015


=======================
Ads

Program Mykad Smart Shopper 
Jom Aktifkan Mykad


Jika sudi, G+1 Entry/ Like atau Share Entry Jom Aktifkan Mykad Shad ya. 
Terima kasih semua. Jasa anda dikenang.

Terima kasih sudi join Ga Simple 2015 by Shad. Good Luck

Mini Giveaway by izzeyda

assalamualaikum...
klik banner

jom join GA dari eyda...

Tuesday, January 13, 2015

Contest @ BH : dari blog Cikgu Bani Hisam

assalamualaikum..


petang ni, sambil tengah kerja part time..customer plak tak banyak, ramai student dah balik.. sempat la marathon blog cikgu bani
sebabnya ada contest kat blog cikgu bani..
berminat plak saya..
ada 3 contest dibuat :

contest 1. siapa online
yang ni part susah sikit nak tangkap sapa online.. 
harap-harap saya bernasib baik ya.



contest yang ke 2 plak.. contest ngetop..
yang ni saya suka.. hahaha paham-paham ja la..
kena berusaha lebih ja..




nie contest ke 3... just jawab betul ka bohong dan soalan cikit
part ni mengenai percutian cikgu bani ke Sabah..
marathon saya 14 entry..hehehe


jom kawan-kawan kita support contest dari Cikgu Bani..
boleh klik kat banner tu ya..

pss: dapat arahan dari sis JM..suruh stdy ni..kurangkan bw.. hehehe..ok2 sis.. saya kurangkn ya..tapi still bw time free heheheh..tunggu la habis exam khamis ni... meletop la blog akak ya..hahaha

My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin

assalamualaikum...

klik anner

sempena besday kak shikin, so kak shikin ada buat GA..
jom ramai2 join
saya tag

Monday, January 12, 2015

Done Second Exam

assalamualaikum...

semalam selesai sudah exam second paper.. alhamdulillah.. tinggal lagi satu paper terakhir..
tu yang kurang nak bw tu... ni gap 3 hari untuk paper seterusnya..
time ni banyak student dah habis dan dah lari balik...
jiran-jiran sebelah bilik pon cabut awal.. adohai tak tahan tengok..dalam hati ni, sabaq-sabaq.. tak pa..last sem dah, barang banyak dah angkut balik dah..depa sem depan datang lagi..

petang semalam habis exam, member ajak makan steamboat.,
apa lagi on ja kalau bab makan ni..
sementara line tengah ok ni, nak join la segala segmen-segmen yang ada.. tengok cik CT kita tu banyak aih join segmen..moga-moga berjaya lah noh..





pemandangan di waktu senja

Giveaway Preloved Books

assalamualaikum...



http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html
Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :
 
Pemenang :
1 Top Referral :  4x buah buku
Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)
TAMAT 1 FEBRUARI 2015 =
click banner untuk join :)

"1st Simple Giveaway By Lily&Didy "

assalamualaikum
klik banner 


"1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com".

assalamualaikum...

klik banner


www.bubblynotes.com ialah kepunyaan kak farah..
saya suka menyinggah disini..
kak farah selalu berkongsi cerita, tips mengenai anaknya Ash (sicomei tu)
saya lebih suka membaca mengenai Ash.. suka dengan gelagat Ash yang rajin menolong tu ..
kat sini banyak info yang berguna..
tetapi saya la tak sempat nak kejar entry kak farah.. hihi sory kak farah..
jom la ramai-ramai terjah blog kak farah...

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris

assalamualaikum

klik banner

" Giveaway Lestari 2015"

assalamualaikum...

Giveaway Lestari 2015,
klik banner


Giveway Pertama Blog Cinta Itu Indah

assalamualaikum...
start nak join GA plak..


jom join ramai2.. klik banner ya..

Wednesday, January 7, 2015

BBQ Mengerat Silaturahim

assalamualaikum...

hujung minggu lepas, setelah dapat call dan sms dari my mum and kak, mintak balik kampung juga.
rupanya ada plan baik punya malam tu, nak berBBQ.. bab makan memang tak tolak saya.. abg dan kak ipar sponser beli ayam dan bahan lain..
so bila semua bahan dah ada, saya ditugaskan membasuh ayam 2 ekor setengah. selalunya part menyiang ikan ka, basuh ayam ka akan diserahkan pada saya la. 
kami start acara membakar selepas magrib.

diperap dahulu

sedang dibakar ayam2nya
selalunya kat rumah, kami bakar buat cara tradisional ja.. guna bata dan dawai ja. tempat membakar ada juga yang panjang tu, tapi rasa tak puas guna sebab menyusahkan nak masukkan arang.. guna cara biasa ni lagi senang. bahan bakar pon letak arang, sabut-sabut kelapa dan tempurung kelapa. dulu-dulu kalau rajin sikit cari kayu ja kat kebun getah.

tangan sapa tah..
acara bbq ni memang selalu buat bila ada yang balik kampung. last buat malam raya haji lepas. kali ni buat lagi time cuti maulidul rasul. walaupon ada tak balik,abg kedua satu family dan adik. acara tetap meriah.. riuh dengan budak-budak la. masing-masing pakat bekerjasama membakar.
menu utama malam tu, semestinya ayam, ikan, sosej dibakar.. nugget awal-awal lagi dah habis ditelan. sediakan juga nasi putih.. lauk pauk time lunch yang masih berbaki.


siap di hidangkan

budak baca doa semangat nak makan
jemput juga jiran sebelah rumah untuk join sekali. 
ada ramai baru meriah.
abang sulung satu family, kak satu family, abang no5 satu family.. dalam rumah mak,ayah dan kak..

anak buah yang kelaparan
malam tu saya tengok my mum 3 kali bertambah, jarang mak makan nasi bertambah. sedap katanya walaupon makan nasi dengan ikan bakar. sosej dan ayam mak tak nak..
alhamdulillah makanan semua cukup siap lebih lagi.. rezeki adik beradik dan jiran.. insyallah tunggu adik balik cuti sem berBBQ di chalet terapung plak.

tadi part first saya basuh ayam, part last sekali basuh bekas-bekas dan pinggan pon di berikan khas pada saya. nasib orang belum kawen lagi, selalu kena buli oleh kak yang dah kawen. tak kisah la, janji seronok dapat kumpul satu family. esoknya ada aktiviti lagi nak dibuat...


Tuesday, January 6, 2015

Tetamu Tengah Pagi Buta

assalamualaikum....

sambil tengah lepak-lepak atas katil semalam.. tak perasaan ada kucing masuk bilik.
disebabkan ada member roomate datang bilik, so tak tutup lah pintu bilik tu.. selalunya pantang pintu bilik di buka ja, kadang-kadang ada ja kucing nak masuk.. 
saya plak bukannya tak minat kucing.. tapi seriau sikit sebab pernah kena cakaran..
peliknya sikucing-kucing yang masuk bilik ni, dia akan tuju bahagian saya..suka dok atas katil saya.. aihhss tak mau la meaw, cheq seriau la.

roomate saya plak memang peminat, penyayang, pembela, segala pe lah..siap ambil dukung, belai-belai, cium-cium lagi.. tapi sikit pon dia tak nak pegi katil roomate. nak datang juga katil cheq ni.. 
mungkin ini kerana katil saya yang empuk ni.. hehhehe
tilam saya berlapik sikit, guna cadar, then lapik lagi guna comforter.. tebal dan empuk lah sikit nak baring...
sebab tu meaw suka ek...
bukan setakat meaw ja, dulu member-member pon selalu lepak dan menyemak atas katil saya..

lepas roomate bagi si meaw makan nasi lemak tengah-tengah pagi buta ni, dia masuk naik parking atas katil lagi... amboi makan kenyang perut senang lah..
duduk la meaw, nak tido ka nak parking ka..janji jangan main cakar-cakar sudah.. nanti berparut habis kita tau..




si meaw 


tengah menjilat-jilat kaki

© Cerita dari Jejariku | Design By MH