Menara Condong Teluk Intan
Assalamualaikum..
Menara Condong
Kali pertama saya datang ke Menara Condong ini beberapa tahun yang lepas,
dan hanya dapat bergambar diluar, dan tidak dibenarkan masuk kedalam.
Untuk kali ini, Menara Condong ini sudah dibuka untuk pelancong untuk masuk kedalam.
Menara Condong |
anda akan rasa seperti tidak sekata lantai dia.
saya terasa gayat semasa lalu di laluan koridor luar di tingkat atas itu.
Menara Condong ini diiktirafkan sebagai warisan kebangsaan
sebelum masuk, daftarlah nama anda di buku pelawat.
Sila isi ya |
jom tengok apa yang ada dalam menara ini.
Gambar-gambar lama |
Di hadapan pintu masuk |
Lukisan di luar menara |
Sejarah Menara Condong
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 dan ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit.
Menara ini sebenarnya adalah merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Orang yang bertanggung jawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.

Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas. Kini bangunan condong ini mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut: untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau dalam memastikan kemudahan pengurusan air British ditingkatkan untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran sebagai penjaga masa
Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air.
Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air.
kredit : orang perak
Disini juga ada jual barangan cenderahati
boleh dibeli sebagai kenang-kenangan.
Masuk adalah percuma
Waktu Lawatan :
Isnin - Jumaat : 8 pagi - 5 petang
Sabtu, Ahad & Hari kelepasan Am : 9 pagi - 6 petang
3 comments
Tak pernah lagi smpai sini. Teringin jugak nak masuk menara condong.
ReplyDeletewahh cerita pasal kampung kak ana ni.. hehe welcome to Teluk Intan ZF.. btw kak ana follow sini kay :) happy blogging
ReplyDeleteAwak gayat??? Hihhi berani x kaalu naik kereta cable
ReplyDelete