Nasi Bamboo Sg Klah
Assalamualaikum.. .
Nasi Bamboo Sg Klah
Salah satu tempat makan menarik di Perak yang patut dicuba.
Setelah ramai yang post di media sosial mengenai Nasi Bamboo Sg Klah, saya pon terasa nak mencuba keenakan makanan disini..
Sampai saja disini, memang banyak betul kereta dan motor.
Ramai betul orang. . Nasib kawasan dia besar. .
Baca ja nasi bamboo, nampak ada keunikan di tempat makan ini. .
Ya. .Memang lain dari lain. .
Nasinya di balut dengan daun apatah dan dikukus dalam buluh
Ada 3 jenis nasi
Nasi buluh macam nasi putih ja yang dikukus dalam buluh
Nasi panggang
Nasi panggang serunding
Ketiga jenis nasi ni saya cuba.
Masa nak beli nasi ni perlu beratur dahulu ya. .
Ada kaunter untuk bahagian nasi
Pilih nak nasi apa dan bayar terus.
Untuk bahagian lauk pauk pon dah bahagian dia. .
Dah masuk bahagian ni. . Seriaus tak tahu nak ambil apa. Semua nampak menarik belaka. ..
Lauk dia dh siap dalam pinggan dah. . So pilih ja mana nak. .
Sini kena beratur jugak tau. . Kalau terlepas kena beratur balik ya. .
Bahagian bakar pon ada, pilih ja. .
Jangan lupa beratur ya. .
Ramai betul masa ni. . Musim cuti pula. . |
Lauk yang dipilih |
Ayam percik
Kuah gulai
Daging masak tok rasanya. .
Tempoyak petai
Sedap-sedap semua. . Ini saja pon dah cukup kenyang. . Nasib tak ambik banyak..
Kat sini juga ada coconut shake. . Serious yang ni saya suka. . Sedap. . Nanti nak datang lagi la.
Saya ada follow ig Nasi Bamboo Sg. Klah,
sekarang ni dah buka sampai malam. .
Boleh la singgah klau time malam.
Boleh la singgah klau time malam.
Untuk lokasi sangat mudah. .
Dari lebuhraya utara selatan, exit Trolak lepas dari tol, ke kanan dalam 300 meter
Jumpa la Nasi Bamboo Sungai Klah.
Dibuka setiap hari kecuali Hari Jumaat
10.30 pagi - 11.00 malam
Facebook : Nasi Bamboo Sungai Klah
IG : Nasi Bamboo Sg Klah
5 comments
Sekarang makin besar dan selesa.. Lama tak singgah sini..
ReplyDeletemacam masakan masyarakan pedalaman kat sarawak..dimasak dalam buluh..
ReplyDeleteNampak macam sedap.. teringin pulak nak cuba :)
ReplyDeletebyk pilihan,rambang mata...2x dah makan di sini..
ReplyDeletedaging rendang tok, kot yg tu...masakan org perak..
cik e yg duduk perak x makan sini lagi. ahhaha
ReplyDelete