KLIA Express - Mudahnya dengan online sahaja

by - Saturday, October 19, 2019

Assalamualaikum...


KLIA Express 




Siapa kat sini pernah dengar atau pernah guna perkhidmatan KLIA Express ni angkat tangan! Haa tu diaa... Okay hari ni saya nak share sedikit info mengenai KLIA Express bagi mereka yang tak tahu lagi macam mana nak naik train ni, dari mana, harga tiket, jadual perjalanan train dan mana yang berkaitan la ya. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang duduk jauh dari KL, yang datang bercuti ke KL dengan menaiki flight.

Terdapat dua jenis train tau..  Iaitu KLIA Express dan KLIA Transit. 
Kita mulakan dulu apa maksud KLIA Express dan apa maksud KLIA Transit. Kena tahu tau apa beza dua train ni. Nanti ada yang konfius dan terkejut pula. 


Panduan Penggunaan KLIA Express 

KLIA Transit ni merupakan train yang destinasinya ialah KLIA dan KLIA2. Train ni akan berhenti di beberapa station yang telah ditetapkan. Antara station yang terlibat ialah KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA dan akhir sekali KLIA2. Kekerapan train ni pula bergantung kepada peak hour. Kalau tengah busy, setiap 15 minit train ni akan sampai. Setel bahagian KLIA Transit, kita beralih pula kepada KLIA Express.

KLIA Express ni lain sikit je dari yng transit. KLIA Express adalah train yang menuju ke destinasi yang sama dengan yang transit. Cumanya train dia tak akan berhenti di mana mana station pun. Terus meluncur laju ke KLIA dan KLIA2.
Untuk lebih detail, jom check info kat bawah.

Pembelian tiket KLIA Express

Terdapat beberapa cara untuk anda dapatkan tiket train ni. Pertama, anda boleh terus sahaja beli secara langsung di kaunter yang disediakan di station KL Sentral. Kedua, aanda boleh dapatkan tiket secara online di laman web KLIA Express. Dan yang ketiga, menurut saya yang paling mudah, senang dan murah, anda boleh dapatkan tiket train KLIA Express ini di web Traveloka. 

Kenapa saya galakkan anda untuk beli tiket secara online di sini? Sebab harga yang ditawarkan di Taveloka ni adalah lebih murah dari cara yang pertama dan kedua tadi. Selain itu, jika anda bertuah, anda mungkin akan mendapat harga promo dari Traveloka itu sendiri. Jangan risau mengenai tiket kerana selepas pembelian Berjaya, voucher akan dihantar melalui emel yang anda berikan semasa membuat booking. Mudah, senang dan menguntungkan kan beli secara online ni.


Bagaimana nak menaiki train KLIA Express

Okay, ingat tak tadi saya ada beritahu yang tiket tu anda akan dapat melalui emel? Okay, masa anda nak aboard train tu, anda hanya tinggal scan sahaja barcode yang tertera dan anda dibenarkan untuk naik. Tetapi anda perlu ingat, setiap sorang hanya akan memegang voucher sendiri sebab setiap barcode tu hanya untuk seorang passenger sahaja. So standby la siap-siap pegang sendiri punya okay!


Dari mana nak naik train KLIA Express

Disebabkan KLIA Express ni hanya berhenti di station KLIA dan KLIA2 sahaja, tak da pilihan lain dah, anda hanya boleh naik train ni di station KL Sentral. Di mana ianya lebih mudah untuk di akses oleh kerana KL Sentral merupakan hub pengangkutan awam yang terbesar di tengah-tengah KL. So should be it will be more convenient la dari mana-mana station yang lain. Pintu untuk ke KLIA Express ni berdepan sahaja dengan pitnu stesen komunter. Senang sangat untuk di cari.



Jadual perjalanan train KLIA Express

Oleh kerana destinasi yang dituju adalah airport, jadi anda tak perlu risau. Kerana jadual perjalanan train ini akan bermula seawal jam 5 pagi sehingga jam 2 pagi. Jadi tidak menjadi masalah jika anda sampai tengah malam di airport. Kekerapan perjalan train pada waktu peak hour, train akan tiba setiap 15 minit dan waktu normal pula setiap 30 minit. Untuk train sampai ke destinasi daripada KL Sentral pula akan mengambil masa selama 30 minit sahaja. Jadi bagi anda yang memang nak kejar masa atau nak jimatkan masa perjalanan ke airport, sangat sesuai untuk gunakan train KLIA Express ini.

Selain daripada itu, jika anda rasa sukar untuk menggunakan KLIA Express ini kerana banyak barang yang ingin di bawa, anda boleh sahaja book airport coach online ni untuk dapatkan servis private transport ke KLIA. Jangan risau, ianya juga dikendalikan oleh team Traveloka, jadi ada harga istimewa bagi anda yang book daripada mereka. Booking boleh dibuat di pautan yang disediakan, no hidden charge, sebab harga yang ditunjukkan dah include semuanya. Service juga door to door, secure pick-up point dan driver boleh tunggu jika flight anda delayed.

Jadi boleh dikatakan zaman sekarang ni sangat mudah jika anda nak ke airport. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan. Anda tinggal search dan book sahaja. Setakat ini, itu sahaja yang saya dapat kongsikan. Semoga kita jumpa lagi dengan info yang lebih menarik! Bye semua. 




You May Also Like

5 comments

  1. Akak yang dah biasa naik ni pun selalu nervous takut tertukar klia transit ngan ekspress. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. jarang2 naik.. tapi pernahla skali dua. kalo ada orang nak tolong hantar ke airport mmg tak naik ni. kalau xde baru ni as alternative. senang kan skrng.. semua tekan2 je settle =D

    ReplyDelete
  3. Sebelum ada ets, kalau kena gi meeting dpd utara ni naik flight ke klia, memang guna klia express ni je...mudah sangat !

    ReplyDelete
  4. Woww..mudah dgn TRAVELOKA..tak pernah cuba lagi ni

    ReplyDelete