Restoran Anjung Keli Perlis... memang terbaiklah..

by - Friday, June 06, 2014

assalamualaikum...

pagi-pagi lagi dapat bbm dari Ira, ckp mata dia sakit mintak tlg bwkkan ke klinik private.. kena plak hari nie Jumaat, kt Kedah nie kebanyakkan klinik tutup... so decide la pegi cari kt Arau.. cari kt area Arau macam xda ja.. tanya ja orang kt ctue, dia bg direction ke klinik kesihatan ja.. so cari la lagi kami smpai ke Kangar.. terjumpa lah kt area Jejawi satu klinik nie.. dh settle hal Ira nie..  saya decide nak makan tengah hari kat Anjung Keli... tempat makanan nie memang famous.. saya tak pernah try lagi tapi dok baca orang komen memang sedap.. so pegi la cari....

smpai plak awal dlm 11 lebih, time tue pon dh mula orang datang nak lunch..
saya teringat program Jalan-jalan Cari Makan pernah dtg cnie, so si fika nie masuk ja kedai terus cari plag JJCM.. terjumpa lah kt tepi dinding tue.. tempat makan kat cnie sangat bersih, cantik.. siap ada pic banner tampal kt tepi la, ada frame la, artis-artis dan orang kenamaan datang makan sini... antaranya, bekas Menteri Besar Kedah arwah Ustaz Azizan, bekas Menteri besar kelantan ustaz Nik Aziz.

makanan kat cnie lauk campur.. macam-macam jenia lauk pauk ada.. rambang mata tengok.. mcm semua nak di try...walaupon ikan keli saya tak makan lauk lain still byk boleh di makan... saya ambek nasi, ayam goreng, smbal udang, sayur cendawan, kuah masak lemak + ait teh ais... baru rm 9.30.. tapi puas hati memang makanan dia sedap.. masak lemak perggh sedap..  nanti nak repeat lagi makan kt sini...
pic xsempat nak ambek huhu.. ingat nak makan ja...

dah nak balik baru snap pic dari jauh hihi
nie info saya dapat dari myMetro :

Restoran yang dibuka sejak 2006 menyediakan menu, ikan keli bakar dan ikan keli goreng yang dimakan bersama nasi serta masakan kampung lain termasuk ulam-ulaman. 

Terletak di Jalan Padang Behor, Behor Pulai berhampiran Institut Pendidikan Guru Perlis dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Kangar, ia mudah dikunjungi.

Pengurusnya, Azali ­Salleh berkata, mereka berpengalaman menyediakan makanan di sekolah dan institut pengajian tinggi di sekitar Perlis dan Kedah sejak 30 tahun lalu.

Katanya, juadah utama adalah berasaskan ikan keli, masakan yang diwarisi daripada ibu bapanya, Salleh Ali serta arwah ibunya, Zaiton Mohd Hanafiah. 

Di bawah kendalian isterinya, Amis Azura Abd Majid, restoran itu menyediakan hidangan ikan keli goreng, bakar, gulai dan masak sambal selain 40 pelbagai pilihan masakan kampung. 

“Tiada resipi rahsia bagi menjadikan ikan keli yang dibakar atau digoreng itu enak dimakan, cuma saya pastikan ikan yang dibekalkan bersih selain perlu mengelar badan ikan itu sebelum dihantar ke restoran. 

“Kami menggunakan rempah-ratus terpilih dan kawalan api dengan betul bagi memastikan ikan keli yang digoreng enak dan ra­ngup,” katanya. 

Menu lain yang popular ialah pajeri nanas atau terung, gulai ikan, masak lemak sayur, daging masak kurma, pelbagai jenis kerabu dan pekasam. 

“Setiap hari kami me­nyediakan 120 kilogram ikan keli,” katanya. 

Restoran itu juga me­nyediakan sup istimewa bersama makanan laut dan daging bakar sambil ditemani tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dari sawah padi berdekatan. 

Berkonsep terbuka, lebih 500 pelanggan mengunjungi restoran setiap hari dan jumlah itu meningkat pada musim perayaan dan cuti persekolahan. 

Restoran Anjung Keli dibuka setiap hari kecuali Khamis minggu pertama dan ketiga.

kalau nak tengok fb Anjung Keli pon ada.. ada lagi banyak pic artis-artis yang penah datang sini.. yang terbaru bulan Mei hari tue Fahrin Ahmad datang...
 rugi kalau datang perlis tak singgah makan sini...
habis ja makan, misi cari pelam harum manis.. tue next entry saya cita....

You May Also Like

10 comments

  1. sodap + harga yg affordable = kompom org dtg serbu!

    ReplyDelete
  2. Waahh...bestnye berjalan2.
    Psttt...awak nyer link salah. Please re-check ye @
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/06/giveaway-ramadhan-1435h.html

    Jemput join GA simple ni juga:
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/06/giveaway-ramadhan-1435h.html

    ReplyDelete
  3. Dah lama julia x pi perlis tau...series rindu suasana bendang yg sangat cantik...nanti nak add la fb tu...mana tahu esok lusa nak pi perlis kan...thanks dear

    ReplyDelete
  4. Sis, jemput jenguk sini..
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/06/blouse-bat-wings.html
    Ada byk gambar belum snap;)

    ReplyDelete
  5. wow..
    memng namak best..
    review pun nampak mnarik..
    mungkin bleh try..
    tq sharing :)

    ReplyDelete
  6. Patutlah glamour tempat mkn ni tp jauh sgt nk pegi klau travel ke sana boleh lah singgah :-)

    ReplyDelete
  7. Memang glamour kan tempat ni. Banyak member recommended this place :)

    ReplyDelete
  8. owh,kat kangaq ka. awat cheq tak pernah tau?haha.

    ReplyDelete
  9. kg mertua saya di arau. setiap tahun mmg wajib balik kampung beraya kat arau. kalau time raya kedai anjung keli ni buka, bolehla jalan-jalan cari makan kt sini insyaAllah :)

    ReplyDelete
  10. ohhh... nanti pi sana, bolehlah singgah.. lama dah tak singgah sana..

    ReplyDelete