assalamualaikum....
Telah lama ku impikan nak ke Escape Penang.. ..akhirnya saya berjaya jugak menjejaki... itu pon setelah mendapat jemputan dari PBU utk join bercamping disana...
sebelum itu saya ingin menceritakan pengenalan tentang Escape ni.
PENGENALAN ESCAPE:
Escape adalah destinasi taman teman yang dibina dalam persekitaran semulajadi dengan tarikan yang berunsurkan rangsangan minda dan badan. Escape juga memperkenalkan permainan dan nilai-nilai dari zaman pembesaran kanak-kanak dahulu yang berunsurkan pembelajaran melalui pengalaman dan tidak bergantung kepada elektronik seperti gaya hidup zaman sekatrang. Escape membuktikan umur bukan penghalang untuk mencuba permainan disini. ini kerana tarikan disini direka untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur, kebolehan dan tahap tenaga.
Kedatangan kami di Escape di jemput oleh Manager Ms. Winnie.
Saya dan juga geng PBU diberikan taklimat kecil oleh CEO Escape Mr. Sim sebelum dilepaskan bermain di kawasan ini.
Mr. Sim |
menurut Mr. Sim, kawasan Escape ni dibuka pada November 2013. Kawasan ini hasil ciptaan, idea dan kreativiti dari Mr. Sim. Beliau sangat berpengalaman dalam menjadi perunding taman tema. Antaranya Universial Studio Singapore, Legoland Malaysia & Denmark, Lost Paradise Bahrain dan sebagainya. Semuanya menjadi tempat tarikan yang sangat menarik.
Escape ini juga menekankan cabaran dan kecergasan fizikal melalui gabungan aktiviti zaman silam kanak-kanak dan aktiviti moden dan juga hubungan dengan alam sekitar.
Disini juga menggunakan konsep 100% alam sekitar.
Jika dilihat, bumbung setiap bangunan disini semuanya ditanamkan dengan rumput hijau.
seperti gambar diatas ini , air hujan yang diturun akan ditadahkan dalam bekas berwarna coklat tu .mcm tong air besar tu, kat situ juga mereka buat tanaman diatasnya.. dan air didalam nya boleh digunakan dan mereka memasang paip air.. air itu juga boleh dibuat untuk buat siraman di kawasan sekitar itu. .. idea ni sangat menarik, so tiadala pembaziran air sangat. semuanya mengunakan alam semulajadi.
disini juga ada membela haiwan peliharaan seperti ayam, itik, angsa.
seriously dah macam dok kampung plak..
suasana kampung tu tak hilang la..
mereka jugak ada membuat seperti air sungai.. mcm gambar kat atas ni..
boleh nampak itik sedang berenang-renang.. kalau budak-budak kecik ni mesti suka tengok ni..
ayam dan itik sedang berjalan-jalan |
ini baru permulaan cerita.. tunggu next entry kita cerita aktiviti apa yang ada disini....
kita bersambung lagi ya.....................
10 comments
bestkan ZF macam dok kat kampung plak..
ReplyDeleteBest kt sini..mcm balik kg
ReplyDeleteMakan je mahal sikit huhu
ReplyDeletealaaaa citer laa lagi...pengenalan pon dah terujas niiiiii
ReplyDeleteBestnya gi tempat macam ni :)
ReplyDeletesuka tengok itik tu rindu kat kampung halaman la
ReplyDeletedah lama x tgk itik
ReplyDeletedah lama x tgk itik
ReplyDeleteUwais pun duk ralit tgk itik ritu. Dia mmg suka binantang2 ni
ReplyDeleteSalam! Hish best lah pulak pegi pineng ni...mmg suka dgn konsep escape tu...paling cool yg tanam rmput atas bumbung dan ade sungai2 kecik tu..sgt tenang dan nyaman...next holiday boleh lah try pegi penang ni..nak g escape dan makan coklat boss...haha..x sabar nk tggu next entry!
ReplyDelete