Bahtera DiRaja 'Layang Emas'

by - Monday, October 22, 2018

Assalamualaikum. .

Layang Emas




Sempena Istiadat Perarakan & Perbarisan Kehormat Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah ke-29, Sultan dan Sultanah dibawa menaiki Bahtera DiRaja iaitu Layang Emas dalam perarakan ini.




Layang Emas adalah hasil cetusan idea pasukan pemikir dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK), kepakaran arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pereka serta pembina bahtera itu, Ruslin Long.
Ia mengambil masa selama 2 bulan untuk mensiapkannya dengan panjang 25 meter,lebar 8 meter dan tinggi 5 meter.Ia juga dibuat manual termasuk pemasangan besi, kayu dan bumbung yang menggunakan kekuatan 20 orang pekerja dengan pelbagai kepakaran.




Warna kuning dan keemasan pada bahtera Layang Emas menggabungkan pelbagai elemen termasuk dari negeri Kedah dan Kelantan serta dibina dengan sentuhan yang sarat dengan kesenian Melayu bermula dari bahagian kepala sehingga ke ekor bahtera.
Bahagian kepala bahtera yang menyerupai seekor burung helang melambangkan kekuatan dan kuasa manakala bahagian tengah yang merupakan singgahsana Sultan dan Sultanah bersemayam di sepanjang perarakan pula dibentuk menyerupai bangunan ikonik di Kedah iaitu Balai Besar.
Manakala,bahagian bumbungnya dilengkapkan dengan salur daun, papan cantik, tunjuk langit dan selembayung yang merupakan pengisian penting dalam seni bina tradisional Melayu.
Untuk bahagian bumbung bahtera itu menggunakan ‘atap singgora’ yang amat sinonim dengan seni bina bumbung tradisional di Kelantan dan Terengganu. Malah, sehingga kini istana masih mengekalkan identiti berbumbungkan atap singgora.

Ini adalah gabungan elemen dari Kedah dan Kelantan kerana Sultan Sallehuddin berasal dari Kedah manakala Sultanah Maliha berasal dari Kelantan.
Selain itu, bahagian ekor bahtera menyerupai ekor helang atau itik yang disisip rapi menandakan kesatuan rakyat negeri.

Bahtera DiRaja ini merupakan yang terpanjang pernah dibina dan menarik lagi Layang Emas menerima pengiktirafan anugerah Malaysia Book of Record.




Kredit : HARIAN METRO

You May Also Like

12 comments

  1. baru tau pasal bahtera ni, nice sharing!

    follow sini!

    ReplyDelete
  2. penuh simbolik dan pengertian bahtera ni, sangat kreatif mereka yg menciptanya..nice info..

    ReplyDelete
  3. Saya pergi muzium dan tengok aksesori diraja rasa wow sangat! Tapi nasib baik jadi orang kebiasaan je..bersyukur seadanya..haha

    ReplyDelete
  4. ke 29 jika tak silap..pertababalan gemilang seorang Sultan untuk rakyat Kedah..dan Malaysia

    ReplyDelete
  5. ramai kawan2 syaza dari kedah update pasal ni kat facebook. tahniah Kedah dapat sultan baru :)

    ReplyDelete
  6. Hai ZF ! Rindunya ! ha tu lah ana baru tawu pasai benda ni.

    ReplyDelete
  7. bertuah yang ada di sana untuk saksikan secara live. Seronok tengok kawan-kawan saya yang kerja di Kedah terlibat dalam upacara istiadat macam ni

    ReplyDelete
  8. Ala rugi tak pergi tengok masa istiadat hari tu

    ReplyDelete
  9. perghhh masuk Malaysian Book of Record?? awesome ah!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  10. Beruntungnya rakyat negeri Kedah..ZF lg untung boleh tgk depan2 dgn mata sendr

    ReplyDelete