Kemeriahan Majlis Upacara Perasmian Pembukaan MBH Medispa Sg. Petani

by - Sunday, April 02, 2017



Assalamualaikum..

 1 April 2017 merupakan tarikh yang di pilih untuk Majlis Perasmian Pembukaan MBH Medispa cawangan Sungai Petani.
MBH Medispa ini diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad.
Puan Yaya Mohamad yang berasal dari Johor Bharu ini telah membuka 6 cawangan MBH Medispa di sekitar Lembah Klang, 1 di Ipoh, 1 di Negeri Sembilan , 1 di Melaka, 1 di selatan iaitu Johor Bharu dan MBH Sungai Petani merupakan cawangan yang ke 11.
Pendorong utama pembukaan MBH Medispa Sungai Petani ini ialah permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan rawatan wajah dan estetik.


Saya bersama  team Blogger Utara dijemput ke Majlis Perasmian Pembukaan MBH Sungai Petani.
Cawangan MBH Sungai Petani yang terbaru  beralamat di No 19, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya.
Location MBH Sungai Petani ini berdekatan dengan Amanjaya Mall dan berhadapan dengan laluan utama Lebuhraya Sungai Petani Alor Setar. Ia memudahkan untuk sesiapa yang ingin datang ke MBH Sungai Petani.


Pengunjung ke MBH Sungai Petani

Seawal 9 pagi lagi orang ramai yang datang sempena pembukaan MBH Sungai Petani untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik diskaun sehingga 90% disamping berpeluang memenangi cabutan bertuah
Sempena Pembukaan MBH Sungai Petani ini, pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang majlis antaranya jualan pembukaan, persembahan artis, jamuan makan, lawatan tinjaun ke spa, demostrasi rawatan dan pelbagai lagi.



Kemeriahan Di MBH Sungai Petani

Majlis Perasmian Pembukaan MBH Sungai Petani ini dimeriahkan dengan pengacara Majlis oleh naib juara Mentor Milenia, Qody  dan juga artis jemputan iaitu Juara Mentor , Fareez.
Pelbagai keletah antara Qody dan Fareez yang membuatkan majlis ini lebih meriah..



Seterusnya, kemeriahan ini diteruskan dengan Perasmian Pembukaan MBH Sungai Petani oleh Selebriti terkenal iaitu Lisdawati Nazaruddin.


Perasmian oleh Selebriti Lisdawati


Acara memotong kek
team Blogger Utara berkesempatan untuk menemuramah Pengasas MBH Medispa iaitu Puan Yaya.
Melalui penceritaan beliau, saya sangat kagum dengan beliau.
Dalam dunia bisness yang mencabar sekarang ini, Puan Yaya berusaha menangani setiap masalah dengan baik.
Puan Yaya juga berkongsi yang beliau akan memgembangkan lagi cawagan di beberapa tempat lagi dalam tahun ini.

team Blogger Utara bergambar bersama Puan Yaya dan Lisdawati

tak melepasakan peluang bergambar bersama Duta MBH Afiq Yasin, Selebriti Qody dan fareez.


Untuk warga Kedah yang ingin rawatan kecantikan, saya sunggestkan untuk datang ke MBH Medispa Sungai Petani. anda pasti tidak dikecewakan.


Location:


MBH MEDISPA SG PETANI
No 19, JALAN CEMPAKA 1/1, BANDAR AMANJAYA08000, SUNGAI PETANI, KEDAH

Contact number:04-4446573


You May Also Like

6 comments