Warung Bang Teh, Tempat Makan di Perlis yang murah dan sedap

by - Friday, January 25, 2019

Assalamualaikum...


Warung Bang Teh

Perlis terletak di utara semenanjung Malaysia dan merupakan negeri paling kecil.
tetapi mempunyai tempat makan di Perlis yang banyak dan murah-murah ja.

zaman study saya dulu, kebanyakan kawan-kawan luar dari utara.
bila datang ja kawasan utara ni, terkejut mereka sebab banyak tempat makan yang murah-murah.


salah satu tempat makan menarik di Perlis yang memang sedap dan murah ialah Warung Bang Teh.



Warung yang biasa ja, tetapi sentiasa ada pengunjung.
ramai pelajar uitm yang datang kesini kerana berdekatan dengan uitm sahaja

antara menu yang telah saya cuba


ais kacang rm2.50

kerabu maggie rm 5.00

koteaw sup rm 3.00

pulut ayam rm3.00

makanan semua sedap-sedap, cuma kerabu maggie ja saya kurang sikit berminat.
saya bukanlah peminat maggie
tapi mungkin mulut orang lain kata sedap.



makan di luar kedai dibawah pokok, sempoi - sempoi ja kena angin




facebook : Warung Bang Teh
no tel : 017-4100361

warung dibuka :
Sabtu - Rabu
10 pagi - 9 mlm
Tutup : Khamis dan Sabtu


You May Also Like

16 comments

  1. perlis memang murah.. pernah gi sana dlu..

    ReplyDelete
  2. kena tanda dalam Maps google nie.. kot terlajak ke Perlis dah ada tempat nak singgah.. tq share..

    ReplyDelete
  3. entah bila nak sampai Perlis niiiiii

    ReplyDelete
  4. ZF !! pulut ayam dia keras x ? dua tiga kali order semua dapat pulus keraih.
    sedih betul.. tapi mungkin tu cara depa makan kan.. masuk list ni !! nanti nak pergi Perlis lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time saya makan xkeras. .. Mmg kdg2 setengah tempat tu keras la pulut dia. .
      Nnt mai jjcm belah sini pulak

      Delete
  5. Dah lama tak singgah Warung Bang Teh ni

    ReplyDelete
  6. kat Perlis memang banyak makanan memurah... tapii, sedappp....

    ReplyDelete
  7. tudia abc dia rm2.50 ja noh? mmg murah sgguhlah haihh~

    ReplyDelete
  8. Lamanya tak makan abc. Hajat nak makan abc tapi mmm kurang sihat. panas dalam

    Saya follow sini ye, #661

    ReplyDelete
  9. tak pernah sampai lagi kat perlis nanti boleh singgah kedai ni kalau sampai sana

    ReplyDelete
  10. Ada rezeki boleh datang perlis. Thank you for info.. :D

    Daftar Syarikat merupakan Pendaftar Syarikat yang berdaftar dengan SSM.

    ReplyDelete