Assalamualaikum..
Beruang Panda
Setelah terperam lama gambar-gambar panda ni, meh nak update sikit.
Saya salah seorang peminat beruang panda. Beruang Panda ni seekor haiwan yang sangat cute, walaupon warnanya hanya hitam putih ja.
tapi beruang panda ni mempuinyai peminat yang ramai.
Semasa saya join aktiviti sukarelawan Muslim Volunteering Malaysia (MVM), saya berpeluang melihat beruang panda dengan mata sendiri. Ini merupakan pengalaman berharga jugak la..
Walaupon tidak boleh memegang panda tersebut, tetapi berkesempatan juga melihat aksi panda tersebut.
Aksi-aksi panda di Zoo negara, ada masih ketiduran, ada yang sedang bermain
Perbezaan 2 ekor panda
Antara Fu Wa & Feng Yi
Siap ada biodata lagi Fu Wa & Feng Yi |
Panda ini hanyalah pinjaman kerajaan Malaysia daripada kerajaan China. Apa yang saya baca mungkin 10 tahun. Kos penjagaan panda jugak sangatlah tinggi, memakan kos jutaan ringgit juga setahun. Fuuuhhh betul-betul dijaga rapi la beruang panda ini. Siap ber aircon lagi...
Proses start anak panda lahir hinggalah ke dewasa |
Menu harian panda |
Jika anda masuk Kompleks Panda ini, selepas ja habis melawat panda, anda bole ke bahagian souvenir untuk membeli barang-barang berkaitan panda untuk dijadikan kenangan.
Ada juga disediakan cafe panda, anda boleh dapatkan makanan dan minuman di situ.
Anda yang memang peminat beruang panda atau ingin membawa anak-anak melihat panda dengan lebih dekat, boleh kunjungi Zoo Negara di Hulu Kelang.
Cuti sekolah hujung tahun pon dah tak lama, boleh anda rancang untuk membawa anak-anak pergi melihat haiwan di Zoo Negara.