Assalamualaikum...
Kita dah masuk musim PKP Fasa 3 dah.
Mohon sangat ini fasa terakhir dan virus Covid 19 ni cepat-cepat hilang.
Saya dah rindu nak balik kampung dah. Insyallah harap-harap semuanya akan berakhir.
Kebetulan tengah musim PKP ni ada pisang yang masak.
Husband nak bawak ke sekolah pon tak da orang sekarang.
Jadinya cuba buat popia pisang bersalut chocolate atau nama ala-ala mat saleh Crispy Banana Chocolate.
Bahan dia tersangat lah mudah.. jom saya nak share
Bahan:
Pisang masak(tak kisah pisang apa pon, saya guna pisang kelat ja sebab tengah masak ranum)
Kulit popia
sedikit tepung gandum dicampur air
Chocolate bar
Cara buat:
Bentang kulit popia
Letak pisang yang dibelah dua atau nak letak sebiji terus boleh
Balut pisang dengan kulit popia seperti kita nak buat popia.
Hujung sekali gam kan kulit popia dengan tepung gandum yang dibancuh dengan air sedikit supaya kulit popia tak terbuka semasa mengoreng.
dah siap dibalut |
Dah siap balut pisang dengan kulit popia itu tinggal masa untuk mengoreng.
Goreng sampai kekuningan dan boleh diangkat.
siap goreng |
Disamping itu jugak cair kan chocolate bar atas air panas ja
ni anak nakan dok mengacau ja |
popia pisang dah siap digoreng boleh la diletakkan limpahan chocholate
Boleh ajak anak-anak anda buat sekali.
Mesti suka ditambah pulak adanya coklat ni pulak..
Sedap la..