tekanan darah tinggi.....

by - Monday, May 30, 2011

darah tinggi.....penyakit nie aku risau skali kalau dapat....
tp alhamdulillah la aku sihat lg dri trkena penyakit nie....
bkn apa kalau aku mkn daging byk ckit ja mulala kepala nie sakit...tkut ada darah tinggi...tp bila jmpa dktor xda plak...tekanan normal lak...
kt bwah nie ada ckit info mengenai darah tinggi.... jom baca....

 JAGA KESIHATAN...ramai yang tahu tekanan darah mereka dan bahaya hipertensi tetapi masih buat tidak endah.

HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi adalah antara masalah kesihatan yang sentiasa menunggu peluang untuk bersarang dalam badan kita.
Walaupun risikonya meningkat dengan pertambahan usia, tetapi ia juga boleh berlaku pada orang muda, termasuk remaja.
Berdasarkan maklumat daripada laman web Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), wanita muda di bawah 50 tahun lebih ‘terlindung’ daripada mengalami hipertensi berbanding lelaki.

Namun, ia bukan bermakna wanita muda boleh bersenang hati kerana hipertensi boleh berlaku kepada sesiapa saja dan bukan sedikit wanita berumur di bawah 50 tahun yang terpaksa ‘berpantang’ akibat masalah ini.

Namun ada beberapa faktor risiko yang boleh mendekatkan seseorang kepada penyakit ini iaitu:

  • Umur - Semua orang boleh mengalami hipertensi, tetapi ia lebih kerap berlaku pada golongan tua berumur 50 tahun ke atas.

  • Keturunan - Walaupun ia bukan penyakit keturunan tetapi jika kedua-dua ibu bapa mengalami tekanan darah tinggi, anak mempunyai risiko sebanyak 50 peratus untuk mendapat masalah yang sama.

  • Jantina - Masalah ini lebih banyak dialami lelaki dan selepas berumur 50 tahun, perempuan mempunyai risiko yang sama dengan lelaki untuk mendapat hipertensi. Tetapi ada kajian mendapati selepas berumur 55 tahun pesakit hipertensi wanita lebih ramai.

  • Berat badan - Tekanan darah tinggi lebih kerap dialami individu yang gemuk dan pengurangan berat badan boleh menurunkan tekanan darah.

  • Pengambilan garam berlebihan - Sebenarnya garam mempunyai peranan yang sangat penting dalam kawalan tekanan darah, tetapi berlebihan garam boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

    Bagi individu yang mempunyai kecenderungan mendapat tekanan darah tinggi, keadaan akan menjadi lebih teruk jika mereka makan makanan masin.

  • Tekanan - walaupun sehingga kini tiada bukti tetapi sesetengah kajian perubatan mendapati kaitan antara sesetengah tekanan dengan hipertensi.

  • Faktor lain seperti kurang aktiviti fizikal, merokok, menghidap kencing manis dan minum minuman beralkohol berlebihan.

  • Tekanan darah yang normal ialah kurang daripada 120/80 mmHg. Anda dikategorikan mempunyai hipertensi jika tekanan darah melebihi 140/90 mmHg. Di seluruh dunia dianggarkan tujuh juta orang meninggal dan 1.5 bilion menderita akibat hipertensi. Jadi, janganlah kita menambah kepada jumlah yang sudah cukup banyak ini.

    Kini alat pengukur tekanan darah ada dijual di farmasi dan ia membolehkan kita mengukur sendiri tekanan darah di rumah. Antara panduan untuk mengukur tekanan darah ialah:

    Pastikan gelung dilekatkan dengan baik pada lengan. Pilih alat yang mengukur tekanan darah di lengan kerana ia lebih tepat.

  • Bertenang ketika ukuran tekanan darah diambil.

  • Jangan minum minuman mengandungi kafein atau bersenam dalam masa 30 minit sebelum mengukur tekanan darah.

  • Duduk bersandar di atas kerusi, jangan silang kaki atau tangan kerana ia akan mempengaruhi tekanan darah.

  • Ambil beberapa bacaan dengan jarak masa seminit bagi setiap bacaan. Ini untuk mendapat bacaan yang lebih tepat.

  • Ukur tekanan darah pada masa yang sama setiap kali. Ini kerana tekanan darah kita turun naik dalam masa sehari dan biasanya ia tinggi pada waktu pagi selepas bangun tidur.

  • Rekodkan semua bacaan dan bawa rekod ini berjumpa doktor apabila diperlukan.

  • You May Also Like

    0 comments