Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin

cerita ZF

  • Home
  • About
  • Drop Down
    • Kedah
    • JJCM Kedah
    • Tempat Menarik
    • Langkawi
  • Contact
  • Advertise
Assalamualaikum...

Malam ni, nak share resepi paprik.. disebabkan ada yang pm resepi masak paprik... so kita share la

part masak ni, slalunya saya belajar dari orang lain then saya olah sendri ikut bahan yang ada la.. main campak-campak ja slalunya...

Masak paprik ni tak kisah la, nak guna ayam ka, udang ka, sotong ka ataupon daging... apa ada dalam peti.. belasah ja..

paprik udang

ayam masak paprik

sotong masak paprik

Resepi Masak Paprik

Bahan :
ayam/ sotong/ udang / daging (ikut selera masing²)
bawang putih *
bawang merah *
Halia*
serai *
daun limau purut *
cili blender *
sos cili
sos tomato
sos tiram
kiub pati
bawang holland
carrot
cili padi
bunga kobis
atau sayur apa² ja

Cara masak :
- tumis ja bahan yang bertanda * dan kiub pati.. cili padi tu ketuk² ja..
- masukkan ayam (kalau buat ayam la)
- masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato sesedap rasa.
- masukkan air agak-agak dah pekat dah cantik..
- masukkan bawang carrot, bunga kobis dan bawang holland.
- perasakan dengan garam
- siap

klau saya masak di kampung, mak ayah suka berkuah so saya letak air lebih sikit.. xda la cair sangat..
sayur pon xkisah..apa ada ja dalam main letak ja..
pernah buat dengan kacang kelisa, sbb kcg kelisa banyak time tu..

klau masak untuk bekal sendri.. buat utk kuantiti sorang ja..
ni cara saya masak la..
style orang lain, maybe lain..
janji rasa paprik.... 😀😀😀

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Assalamualaikum...

Hai semua!!!

Anda mencari tempat pelancongan menarik di Perak tetapi tidak tahu mana nak tuju???


Anda jangan tak tahu pulak!!
Perak ni sebuah negeri di pantai barat semenanjung yang banyak sangat tempat menarik, super-duper awesome dan tempat-tempat confirm mengujakan jiwa raga sesiapa yang datang.
Anda cakap ja nak tempat yang macam mana. Semua hado okeh.
 Pantai yang mendamaikan ada.
Hutan lipur yang menenangkan jiwa dan sanubari ada.
Tempat-tempat happening seperti taman tema yang sesuai untuk hiburan seisi sekeluarga pun ada okeh.
Kali ini nak share dengan ualls semua taman tema yang best dan sesuai untuk anda berkumpul bersama keluarga anda sambil bergembira.

Kat mana?

Kat mana?


Image result for Lost World Hotel, Gerbang Percutian Terbaik di Ipoh
kredit

Lost World of Tambun adalah  jawapan terbaik.
mai nak cerita cikit...


Lost World of Tambun merupakan sebuah taman tema yang terletak di Ipoh yang kaya dengan budaya dan warisan.
Ipoh juga merupakan salah satu bandar bersejarah.

Lost World of Tambun terbahagi kepada beberapa bahagian.
Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petty Zoo, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan Lost World Adventure Park.

Wahhh !!
banyak sangatkan tempat-tempat anda boleh lawati di Lost of Tambun ni.
Confirm segala kekusutan dan keserabutan yang sudah lama anda hadap akan terhapus di sini dan hadirlah sebuah ketenangan dan kegembiraan. Cewah..hehehe..

Dah penat seharian di Lost of Tambun mestilah nak berehat dan tidur di tempat penginapan yang selesakan.
Manjakan diri anda dan berehat di Lost World Hotel. Hotel yang awesome ini menawarkan beberapa jenis kemudahan bilik dengan harga yang amat berpatutan iaitu Super Suite, Premiere Suite, Executive Suite, Deluxe Suite, Classic room dan Exotic room.

kredit

Untuk pengetahuan anda, harga bilik yang paling mahal ialah Super Suite manakala harga bilik paling murah ialah Exotic Room.

So anda bolehla tempah bilik mengikut kesesuaian budget anda. Bilik-bilik yang fantastic ni menawarkan kemudahan seperti  free wifi , tv dan banyak lagi.
Anda boleh layari laman web rasmi Lost World of Tambun untuk membezakan kemudahan dan keselesaan setiap bilik yang disediakan.
Yang bestnye bila anda menginap d isini, enjoylah sarapan pagi percuma untuk 2 orang dan perkhidmatan free shuttle juga disediakan.


Selain itu,anda akan diberi 2 tiket free ke Lost World Hot Spring Dan Spa pada waktu malam.

Tiket ni free bagi setiap malam anda menginap. Maksudnya, 2 malam korang menginap, korang akan dapat 4 tiket free.


Apa yang ada kat Lost World Hot Spring Dan Spa?
Tempat ni sangat best untuk relaxkan diri.  Air panas daripada  100% mineral semula jadi akan menyegarkan anda setelah seharian kepenatan. Antara fasiliti yang disediakan ialah Saphira’s Lair, Crystal Spa, Infiniy Pool, Crystal Pool, The Geyser of Tambun, Lost World Steam Cave, Top of The World Pool dan  Foot Spa.


Saphira's Lair - Lost World Hot Springs & Spa By Night


Di Saphira’s Lair, tempat ini dibuat khas untuk kanak-kanak. Apabila matahari terbenam, seakan berada di dunia maya yang lengkap dengan cahaya yang bewarna-warni. Pastinya membuatkan anak- anak anda teruja dan happy.
Crystal Spa - Lost World Hot Springs & Spa By Night

Crystal spa menawarkan kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati terapi badan dengan bayaran nominal.
Spa ini dibuka dari  pukul 3 petang hingga 11 malam.

Crystal Pool - Lost World Hot Springs & Spa By Night

Berada di Crystal Pool pula amat menenangkan.  
Direka khas dari Jubin Kristal dan ditemani lampu warna warni bercahaya pada waktu malam akan membuatkan anda begitu tenang.

Steam Cave - Lost World Hot Springs & Spa By Night

Lost World Steam Cave memberikan pengalaman spa sebenar. Bertindak sebagai sauna, menggalakkan detoksifikasi meninggalkan kulit yang bersih dan segar dan menggalakkan peredaran darah. Pasti menghilangkan tekanan kan!!

Top Of The World Pool - Lost World Hot Springs & Spa By Night

Top of World Pool betul-betul berada di bahagian atas Lost World  Hot Springs & Spa. Kolam di sini adalah kolam jakuzi dengan pancutan air yang berikan urutan bagus untuk otot, sendi dan titik tekanan pada badan korang .

Foot Spa - Lost World Hot Springs & Spa By Night

Akhir sekali, Foot Spa ni dilengkapi dengan batu refleksologi yang dipasang pada lantai. Korang boleh berjalan di atas batu-batu kecil sambil menikmati mata air panas yang semestinya menenangkan kaki korang okey.
Toksin dan kekotoran  dalam badan juga dapat dihapuskan serta merangsang pengeluaran endorphin yang membawa kepada sistem imun yang lebih baik. Haaaa gituwww.


Pssstttt!!!
untuk pengetahuan korang, hotel ni selalu penuh tau. Lebih-lebih lagi masa musim cuti sekolah dan cuti umum. So bila korang datang Ipoh dan nak book hotel in Ipoh on traveloka then jangan lupe search nama Lost World Hotel ni hokey!!
Selamat bercuti.


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Assalamualaikum..




Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 kembali lagi....

Untuk anda pencinta buku,
jangan melepaskan peluang anda untuk hadir bersama di 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Paling best tahun ni,
ia diadakan kembali di PWTC.
dengan tema

Negaraku : Kepintaran Kreatif Melakar Tamadun



Tahun lepas diadakan di Maeps Serdang tetapi tahun ini kembali ke PWTC
tempat yang sangat startegik bagi saya. 
Banyak kemudahan untuk pergi.
anda boleh menaiki kenderaan sendiri,
atau pon guna ja kemudahan pengangkutan awam yang di sediakan..
kalau saya, saya lebih suka naik ja lrt yang disediakan..
dekat ja ngan PWTC tu.

Buat pertama kalinya PBAKL akan menghimpunkan 1,000 penulis dari seluruh Asia Tengara.
wahhh... sangat-sangat menarik.


maklumat lanjut klik sini

PBAKL kali ini akan menggunakan seluruh dewan utama,
oleh itu, sebelum pergi anda bole la dahulu tinjau-tinjau pempamer di setiap dewan 
di sini 


sesiapa berkesempatan, bole la pergi..
Ibu bapa bole bawa anak-anak kesana..
student-student yang dapat baucar buku ka ( ada lagi ka baucar tahun ni  ka dah pakai kad)
bole pergi dengan kawan-kawan.
banyak diskaun yang diberikan slalunya..

pengalaman lepas yang saya pergi..
betul-betul gila wei..banyak buku, murah-murah, diskaun lagi..
memang heaven rasanya.. balik tu dua-dua belah tangan jinjing beg plastik ja..
ada saya pergi tu sampai dua hari pergi.. tak puas hati pergi sehari ja..rasa nak belek-belek ja buku kat sana.

yang penting PBAKL 2017 adalah

MASUK PERCUMA !!!!

Tarikh :
28 April - 07 Mei 2017
Masa : Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) |
 Jumaat - Ahad & 
Umum (10 pagi - 9 malam)

Facebook:
PBAKL

web:
http://kualalumpurbookfair.my/



Related Pesta Buku:
Info : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015
Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur (1 May 2014)

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum..


Arab Kitchen
Inilah terjadinya, bila otak seminit membuat keputusan.. 
dah lama terigin nak makan shellout tapi tak da kawan yang nak layankan..
kebetulan masa kejadian bersama staff kt hospital uruskan sorang staff yang sakit di bawa ke hospital..
sambil dok menunggu lama sangat kt hospital... otak seminit membuat keputusan nak makan.. terus terkeluar nak makan shellout...


tempat yang di tuju ialah di Arab Kitchen la yang famous shellout dia yang sedap tu..

time saya sampai pon ramai orang.. parking tepi jalan pon penuh keta tersusun panjang ja...
tak putus - putus orang datang... customer Chinese pon ramai yang datang..
ni betul-betul sedap ni sampaikan Chinese pon ada datang


Pilihan saya kali ni, di Arab kitchen.. Dah lama dengar tempat ni sedap
tap tak berkesempatan nak pegi.


Antara menu di Arab Kitchen ni
Shellout
Western Food
Laksa Tempurung



Kami berempat, so 2 set shellout yang di pilih bersama nasi putih 4 jugak..
Majoriti yang datang disini, menu yang di pilih ialah shellout.
Saya lihat, pelanggan dari masyarakat Cina pon ramai yang datang. 
Ini bermaksud Arab Kitchen ni betul-betul sedap ni.


Ni rupa shellout kami berempat..
part rasa pulak..
wowww memang sedap la.. 
rasanya pedas tapi bukan pedas bole ternganga nak mintak air..
ni pedas-pedas sedap.. dengan rasa manis seafood dia..
memang tak rugi la nak try.


Tinggal kulit ja anak dara semua ni makan.. ni pon nak cepat..
Saya suggest la Arab Kitchen klau nak makan shellout.

Lokasi:
Sebelum airport lama Kepela Batas.

Waktu Operasi:
Selasa- Ahad
Tutup- Isnin
12 tengah hari - 12 pagi

No. Telefon:
011-39116700

Facebook
Arab Kitchen

Instagram
Arab Kitchen

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Assalamualaikum...



Fast & Furious 8 dah start di tayangkan di setiap panggung..
Anda dah pegi ke belum tu?


mai nak cerita sikit Filem ni..
Fast & Furious 8 kali ni sangat-sangat2 menarik...

Ia bermula apabila Dom Toretto yang berpaling tadah dengan kumpulannya setelah berjumpa dengan seorang wanita iaitu Cipher.
Cipher ada misi tersendri yang membuat Dom terpaksa menyelesaikan misi itu.
Untuk melaksanakan misi jahat Cypher, Dom juga terpaksa berlawan dengan kumpulannya jugak.
Mungkin ada sesuatu yang terpaksa Dom membuat begitu!!!
kalau nak tau kena la tengok sendri.. baru suspen..


Dalam cerita ini jugak, di serikan dengan aksi melucukan dan mencuit hati dengan watak Roman. Lakonan slamber  dari Dwayne Johnson yang memegang watak Luke juga mencuit hati penonton.
Satu panggung jugak ketawa dengan watak mereka ini.
Terselit jugak erti kekeluargaan, persahabatan antaran mereka.

.

Saya suka dengan watak Dom, 
Dalam menyelesaikan misi jahat Cyhper itu,
Dom bijak untuk menangani perkara-perkara lain.
Tetapi semasa Dom bersama Cipher, terasa kesian pulak kat Letty.
Ya la, bila kekasih hati mengikut perempuan lain, dari raut wajah Letty yang sedih.


Masa yang ditayangkan 2 jam 16 minit.. tapi terasa sekejap sangat.. 
rasa tak puas aksi-aksi dari Dom Torentto tu.
Kalau boleh, nak ja lagi aksi-aksi dari mereka..


Bagi saya, filem ni berbaloi sangat..
saya bagi 9.5/10 bintang... 



Selamat Menonton Semua....





Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum..


Pagi ni sambil drive nak ke Hospital sambil dengar radio IKIM..
pagi-pagi memang saya suka dengar celoteh di radio ikim..
banyak input berguna yang dibincangkan..


 untuk pagi ni, tajuk yang di bincangkan mengenai 
REUNION - Pertemuan Semula

 Kalau ikutkan saya sendiri pon, saya suka reunion ni, ya la time reunion ni la dapat berjumpa kawan- kawan yang sekian lama tak berjumpa... 
Reunion ni tak salah, dia ada kebaikan dan ada keburukannya...

apa yang saya dengar di radio sebentar tadi, terdapat punca penceraian adalah di sebabkan daripada reunion.. 
ini kerana, semasa reunion ada yang terjumpa kembali kekasih lama, ada jugak bibit cinta mula tumbuh... 

Perkara ini bergantung kepada diri sendiri jugak.. 
Terutama kepada yang sudah berkeluarga, semasa reunion bawak sekali ahli keluarga, kenalkan ahli keluarga kepada kawan - kawan.. at least, kawan - kawan tahu anda dah berkeluarga.. 

kadang-kadang itu, ia bergantung kepada niat seseorang jugak.. 
Contoh : selepas reunion tu, jika ada terlalu kerap mesej ka apa ka.. cuba elakkan dari berlanjutan... 

di facebook IKIM..
saya suka baca komen dari isu ini.. ada byk pendapat dan jugak yang berkongsi pengalaman sendiri.

Bagaimana dengan pendapat anda pulak?  



Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Assalamualaikum...



lepas operated ni, selera makan makin meningkat plak..huhu
tiba-tiba
teringin nk makan tomyam..
so buat la tomyam ala² thai sikit..
meh saya nk share resepi.. kali ni berbeza sebabnya first time saya masak guna yogurt.. bukan apa, susu cair atau santan tak da kat rumah..kebetulan ada yogurt, gunakanlah..

Tomyam Yogurt

Bahan-bahan

ayam 
fish ball 
serai (tumis)
bawang putih (tumis)
halia (tumis)
daun limau purut (tumis)
cendawan tiram
cendawan hitam
bawang holland
tomato
kiub pati tomyam
perencah tomyam adabi
pes tomyam
yogurt
asam jawa (asam keping habis, limau pon xda)
cili blender (tumis)

cara masaknya:

1. Ketuk bawang putih,halia,serai
2. Tumis bahan yang bertanda tumis tambah kiub pati ayam, pes tomyam dan perencah tomyam adabi. tak lupa daun limau purut.
3. Masukkan ayam dan gaul rata dengan bahan tumis
4. Masukkan air (ikut suka banyak mana anda nak) , air asam, fish ball, cendawan hitam, cendawan tiram, bawang holland.
5. Perasakan dengan garam
6. Masak sampai mendidih dan last sekali masukkan yogurt. 
siap.

pes tomyam dan yogurt yang saya guna

alhamdulliah buat lebih, bawak bekal tempat kerja..
share dengan member tempat kerja..
dapat komen kata sedap dan habis tomyam tu... seronok plak dalam hati ni.. 

buat makan dengan keau tiaw


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Assalamualaikum

kredit to Cendol buah Sham DK
Cendol Buah Sham DK
pernah menjadi viral di facebook 2,3 bulan yang lepas..
kebetulan kedainya terletak area Alor Star ja... sempat la saya pergi terjah untuk
merasa kenikmatan cendol buah ini.


Time saya datang waktu tengah hari, memang penuh la..
kena beratur ikut turn nak order cendol ini..
biasalah bila dah viral, semestinya akan menarik ramai pelanggan akan datang.
nasib baik tak perlu tunggu tempat duduk..
cuma perlu beratur ja untuk order.


gambar cendol yang saya cuba terdelete la pulak..
rupanya sama ja seperti yang diviralkan..

kredit to cendol buah Sham DK

kat sini ada pelbagai cendol..
CENDOL BIASA - Rm3.50
CENDOL PULUT/TAPAI - Rm4.00
CENDOL AISKRIM - Rm 4.00
CENDOL BUAH - Rm4.50
CENDOL SPECIAL - Rm5.00

pilih ja mana satu anda nak...
klau saya suka special..semua ada dalam tu.. sapa yang datang alor setar bole la mencuba...

Lokasi :

- Warung Pak Mat Curut 2, Kampung Berjaya (Sebelahan Pejabat Pos Malaysia).
waktu operasi:
(AHAD - JUMAAT) Tutup Sabtu
(10:30pg - 07:30ptg)

mereka juga telah membuka cawangan kedua di lokasi :

-Restoran Padang Bulan Foodcourt (Restoran Mama) Jalan Sultanah Bahiyah, (Menuju Ke Highway Langgar) Selepas Sekolah Menengah Syed Omar.
waktu operasi:
(SABTU - KHAMIS) Tutup Jumaat
(10:30pg - 07:30ptg)


Facebook 
Cendol Buah Sham DK

Instagram
shamdk_cendolbuah

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum..


Setakat hari ni 08 April 2017 sudah mencapai 25,000 pengunjung yang datang.
Alhamdulillah, ia mendapat sambutan dari warga Kedah untuk datang menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A.

Pengunjung pertama yang datang
Pengunjung ke 1000
Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A ini, bukan sahaja mendapat pengunjung dari warga Kedah sahaja, dari negeri-negeri berdekatan juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan  Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A.
Terdapat jugak dari Negeri pantai timur iaitu dari Kuantan, Pahang yang datang ke Pameran ini.
Ada yang datang berdatang bersama keluarga, kawan-kawan dan ada juga dari pelajar-pelajar Universiti dan sekolah.
Yang terbaru, Ulama' dari Pakistan,
Sarkar SufiNasir Ali Mohammadi Saifi Naqshbandi dan rombongan singgah di Alor Setar untuk menyaksikan sendiri artifak peninggalan baginda Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat S.A

En. Ahmad bin Bakar dari Sik, Kedah - Pengunjung ke 2000
Rombongan dari anak-anak sekolah

Pengunjung ke 3000 En. Rasidi b. Husin dari Puchong

Seterusnya pengunjung dari Sungai Petani En. Said b. Saad yang ke 4000
boleh kesini untuk
melihat pelbagai artifak yang di pamerkan di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A.  dan ingin membaca
Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A

Pengunjung ke 7000 en. Zulkifli dari Kodiang

En. Muhd pengunjung ke 8000 dari Kuala Nerang, Kedah


Pelajar-pelajar Tahfiz

Kepada warga Kedah, saya sarankan jangan melepaskan peluang ini yang tinggal beberapa hari lagi untuk menyaksikan Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat S.A.
Seperti saya katakan di entry sebelum ni di sini, saya sangat bertuah negeri Kedah terpilih untuk diadakan Pameran seperti ini.

Pengunjung ke 9000

Pengunjung dari Pantai timur, Kuantan Pahang.. Pengunjung ke 10,000

Pengunjung ke 16,000

Pengunjung ke 20,000 Aznil baharom 





dari SMK Mahawangsa Jitra

terdapat Cabutan Bertuah Pameran Artifak Rasulullah S.A.W 

Setiap 1,000 - Sehelai T-shirt
Setiap 10,000 - Sehelai t-shirt dan Al-quran Digital
100,000- Sehelai t-shirt, Al Quran Digital dan pakej Umrah untuk seorangl


Buat rakyat Kedah atau yang berada disekitarnya, boleh la mengambil peluang ini untuk melihat sendiri Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Boleh lihat seperti di bawah:

Tarikh : 20 Mac - 19 April 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah


Jika ingin datang bole terus membeli tiket secara online www.tamadunislam.com

Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma
Boleh layari di :

Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

Zarul Farhana
Blogger Utara
Untuk review, pengiklanan, event dan pertanyaan,
boleh hubungi melalui email;
zarulfarhanamatakhir@gmail.com

Followers

Blog Archive

  • ►  2020 (5)
    • ►  April (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (40)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (10)
    • ►  April (7)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2018 (40)
    • ►  December (14)
    • ►  November (9)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  July (4)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
  • ▼  2017 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  May (4)
    • ▼  April (12)
      • Resepi Paprik Simple
      • Lost World Hotel, Gerbang Percutian Terbaik di Ipoh
      • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017
      • Shellout Di Arab Kitchen, Alor Setar
      • Fast & Furious 8 | Fate of the Furious
      • Reunion | Kawan Lama Berjumpa @ Cinta Lama Berbunga?
      • Resepi Tomyam Yogurt
      • Cendol Buah Sham DK
      • Kemeriahan Pengunjung di Pameran Artifak Rasululla...
      • Kemeriahan Majlis Upacara Perasmian Pembukaan MBH...
      • Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman ...
      • Warung Selera Penang
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
  • ►  2016 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (13)
    • ►  August (4)
    • ►  June (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (7)
    • ►  January (7)
  • ►  2015 (80)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (6)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (10)
    • ►  January (35)
  • ►  2014 (104)
    • ►  December (39)
    • ►  November (13)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (7)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (8)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  July (4)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (143)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (52)
    • ►  June (58)
    • ►  May (26)

recent posts

Sponsor

Popular Posts

  • LIMA LANGKAWI 2015
  • Terima Kasih Daun Keladi..
  • Selamat Pengantin Baru Shazwani Hisam
  • Percutian ke Cameron Hingland | Hotel Floral Plus, Brincang
Powered by Blogger.

Top Commentators

Blogger Utara

  • AziRahmanDotCom | JourneyOfLife
    Bubur Asyura Versi Utara
  • .she's the camera maniac.
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
  • Hikayat Budak Pening
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
  • Dunia Zumal
    APLIKASI INFO GEMPA BUMI DUNIA
  • PERMATABIRU
    Masalah Air Selangor dah selesai Ke Belum?
  • SPORTING MUMMY
    How to Choose the Right Outdoor Advertising Company Near You for Maximum Impact
  • www.misszyaroses.blogspot.my
    IYF GEORGETOWN PENANG REDEFINING SOCIAL LIVING IN THE HEART OF PENANG
  • Nurfuzie.com
    Penyakit Mental ialah Gangguan Jin
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
  • ஐfatimah❀nabilaஐ
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
  • Krik Krik Krik
    Climbing back on Track when the train is moving
  • ARZMOHA
    Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit dan Lain-Lain
  • husnazahidi
    Review | 2 Layers Multi-Function Electric Cooker (1.7 Litre)
  • cerita ZF
    Percutian ke Cameron Hingland | Hotel Floral Plus, Brincang
  • L ♥ I's Stories
    Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!
  • MiA ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
  • Ada Ubi Ada Batas
    Panduan Takaful
  • Faqihah Husni ��
    KESUMA 2017
  • Lokmanamirul.com
    Contoh Resume Mohon Kerja Kerajaan & Swasta Terbaik

Kawan ZF

  • VANILLA FREAK
    Do people still read blogs?
  • From FAMF Tower
    Fika Bersama Rhea | Canele dan Chicken Puff
  • emi izzeyda diary's
    Kopiku Kopimu Jua
  • *KiSaH kAsEh*
    Iftar Istimewa Ramadhan Buffet Dinner di Bayview Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2025 Di Penang
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
  • Coretan Murni Alysa
    Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Kafe Baru di Penang
  • Kiera Sakura
    Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia ‘Almari Kapsul’ Fesyen Muslimah diperibadikan untuk Gaya ‘Modest to Modern’
  • Miamorzafirah
    MEAL REPLACEMENT, KITSUI 39 SUPERFOOD
  • Belog Zai Zamree
    Lain yang di minta lain yang dapat
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
  • Jari Manis : Travel List
    Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park
  • cikpinz.com
    Sarapan Best di Sungai Petani. Kena Terjah ni
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin

Created with for Cerita ZF