Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin

cerita ZF

  • Home
  • About
  • Drop Down
    • Kedah
    • JJCM Kedah
    • Tempat Menarik
    • Langkawi
  • Contact
  • Advertise
Assalamualaikum...

DIY HANTARAN : Gubahan Kain Pelikat Menjadi Tengkolok

Hantaran kain pelikat menjadi Tengkolok

Kain pelikat sentiasa menjadi salah satu hantaran untuk pengantin lelaki daripada pengantin perempuan.
Untuk mencari idea nak mengubahnya memeningkan juga. 
Dengan tangan tak berseni ni, memang terasa payahnya.

Nasib baik la, semasa majlis kenduri kahwin saya yang lepas,
part gubahan hantaran saya serahkan kepada kak ipar saya.
saya hanya beli dan sediakan barang yang diperlukan.

Gubahan untuk kain pelikat kak ipar memilih untuk mengubah sebagai tengkolok.


cara nak mengubahnya, bole search kt youtube ja.. 
banyak tutorial disediakan.
Ni saya cari satu cara gubah tengkolok




time kak ipar saya tengah buat terlupa saya nak rakam video dan ambik pic.



Ni time mencuba gubah kain pelikat

Untuk keraskan yang dihujung tu, bole gunakan kertas manila kad. .

Nk lebih menarik,  letak lah kerongsang berbentuk bintang dan bulan sabit. .
Macan bendera Malaysia tu. . 
Pandangan dari atas








Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Assalamualaikum. .

Layang Emas




Sempena Istiadat Perarakan & Perbarisan Kehormat Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah ke-29, Sultan dan Sultanah dibawa menaiki Bahtera DiRaja iaitu Layang Emas dalam perarakan ini.




Layang Emas adalah hasil cetusan idea pasukan pemikir dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK), kepakaran arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pereka serta pembina bahtera itu, Ruslin Long.
Ia mengambil masa selama 2 bulan untuk mensiapkannya dengan panjang 25 meter,lebar 8 meter dan tinggi 5 meter.Ia juga dibuat manual termasuk pemasangan besi, kayu dan bumbung yang menggunakan kekuatan 20 orang pekerja dengan pelbagai kepakaran.




Warna kuning dan keemasan pada bahtera Layang Emas menggabungkan pelbagai elemen termasuk dari negeri Kedah dan Kelantan serta dibina dengan sentuhan yang sarat dengan kesenian Melayu bermula dari bahagian kepala sehingga ke ekor bahtera.
Bahagian kepala bahtera yang menyerupai seekor burung helang melambangkan kekuatan dan kuasa manakala bahagian tengah yang merupakan singgahsana Sultan dan Sultanah bersemayam di sepanjang perarakan pula dibentuk menyerupai bangunan ikonik di Kedah iaitu Balai Besar.
Manakala,bahagian bumbungnya dilengkapkan dengan salur daun, papan cantik, tunjuk langit dan selembayung yang merupakan pengisian penting dalam seni bina tradisional Melayu.
Untuk bahagian bumbung bahtera itu menggunakan ‘atap singgora’ yang amat sinonim dengan seni bina bumbung tradisional di Kelantan dan Terengganu. Malah, sehingga kini istana masih mengekalkan identiti berbumbungkan atap singgora.

Ini adalah gabungan elemen dari Kedah dan Kelantan kerana Sultan Sallehuddin berasal dari Kedah manakala Sultanah Maliha berasal dari Kelantan.
Selain itu, bahagian ekor bahtera menyerupai ekor helang atau itik yang disisip rapi menandakan kesatuan rakyat negeri.

Bahtera DiRaja ini merupakan yang terpanjang pernah dibina dan menarik lagi Layang Emas menerima pengiktirafan anugerah Malaysia Book of Record.




Kredit : HARIAN METRO

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Assalamualaikum..



Julung-julung kali diadakan Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah.  Kali terakhir istiadat pertabalan Sultan Kedah diadakan pada tahun 1959. Saya pon pon belum lahir lagi masa itu.

Kali ini,  pada tahun 2018 diadakan sekali lagi Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Kedah.  Suka saya untuk mengikuti setiap istiadat yang diadakan.

Dan pada hari Sabtu 20 Oct 2018 pula,  Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat diadakan.  Kali saya tak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan perarakan ini yang penuh bersejarah ini. 
Sanggup saya mengambil cuti semata-mata nak menyaksikan perarakan yang julung-julung kali diadakan. 
Kali terakhir diadakan pada 59 tahun yang lalu. 

Perarakan ini bermula dari hadapan Dataran Wisma Darul Aman sehingga ke Dataran Medan Bandar seawal 7.00 pagi lagi. 







Sultan Kedah dan Sultanah dibawa  dengan Bahtera DiRaja iaitu Layang Emas.  Turut disertai perarakan ini ialah Unit Berkuda PDRM, Pancaragan KSAH, Kuda Island Horses, Pancaragam SMJK (C)  Keat Hwa,  Pancaragam SMK Sultanah Asma,  Kontinjen ATM dan juga gajah. 



Turut sama,  Penghulu, pelajar sekolah,  Pegawai Agama,  Pegawai Persekutuan,  Pegawai tadbir Negeri dan Ketua Istiadat/Dato' Bergelar.





Dianggarkan lebih 20,000 pengujung yang datang menyaksikan acara istiadat perarakan.

Rakyat Kedah kebanyakkan tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri istiadat yang bersejarah ini.

Daulat Tuanku

kredit : Warta Kedah
    Polis Kedah

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum...





Sejak dari lahir lagi kita dah dibiasakan untuk minum susu, 
nampak di situ susu memang ada khasiatnya.. terutamanya susu segar.

Jom kali ini saya nak suggest sikit minuman susu yang segar untuk kesihatan kita.

Sebelum ini saya hanya tahu minum susu tin yang tidak tahu khasiatnya untuk kesihatan kita.
Tetapi sejak berumahtangga in, family suami saya gemar meminum susu yang berkhasiat iaitu susu Fernleaf. 
dari situ belajar dan selalu meminum susu Fernleaf.

Susu Fernleaf ini mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium. Ia juga mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita. Selain itu, susu fernleaf jugak mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D. 
Ia amat sesuai di minum oleh pelbagai peringkat umur. 


Lembu-lembu di New Zealand ini dijaga dengan memberi kebebasan kepada lembu ini untuk dengan menghabiskan masaa 90% dengan meragut rumput pada hari yang cerah, ia secara tidak langsung dengan mudahnya mendapat kandungan vitamin D.

Oleh itu, lembu disana dengan mudahnya meghasilakn susu berkhasiat yabg berkualiti tinggi dengan tahap vitamin D. 

Jom apa lagi kawan-kawan, dizaman sekarang ini kita perlulah menjaga kesihatan kita bermula dengan meminum susu.
Supaya badan  kita sentiasa sihat dan otak kita sentiasa cergas.

Barulah 100Mmmmm......



susu segar fernleaf ada 3 perisa iaitu susu segar full cream, susu segar low fat dan juga susu segar chocolate.
jika anda ingin mendapatkannya bole ke Pasaraya berdekatan rumah anda.
Susu segar fernleaf ini mudah sahaja untuk didapati.

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

Zarul Farhana
Blogger Utara
Untuk review, pengiklanan, event dan pertanyaan,
boleh hubungi melalui email;
zarulfarhanamatakhir@gmail.com

Followers

Blog Archive

  • ►  2020 (6)
    • ►  April (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (40)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (10)
    • ►  April (7)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ▼  2018 (40)
    • ►  December (14)
    • ►  November (9)
    • ▼  October (4)
      • Diy Hantaran :Gubahan Kain Pelikat - Tengkolok
      • Bahtera DiRaja 'Layang Emas'
      • Istiadat Perarakan & Perbarisan Kehormat Sempena P...
      • Jom Minum Susu Segar Fernleaf untuk Kesihatan Kita
    • ►  September (2)
    • ►  July (4)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (33)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
  • ►  2016 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (13)
    • ►  August (4)
    • ►  June (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (7)
    • ►  January (7)
  • ►  2015 (80)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ►  September (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (6)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (10)
    • ►  January (35)
  • ►  2014 (104)
    • ►  December (39)
    • ►  November (13)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (7)
    • ►  July (1)
    • ►  June (6)
    • ►  May (8)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (6)
    • ►  July (4)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2011 (143)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (52)
    • ►  June (58)
    • ►  May (26)

recent posts

Sponsor

Popular Posts

  • Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Menu Sampingan Majlis Kenduri
  • Tune Hotel Taiping
  • Tempat Menarik Berfamily Day di Casa Bayu Chalet, Yan
Powered by Blogger.

Top Commentators

Blogger Utara

  • Nurfuzie.com
    Pukul Baldi Sampai Pecah Sempena Hormat & Hormoni-Drumming Through Unity
  • SITI.YANG.MENAIP
    Happy New Year 2023 | SitiYangMenaip Masih Ada
  • PERMATABIRU
    MAIN GAME PERCUMA DAN BEST DI SOLITAIRE.ORG
  • Krik Krik Krik
    Perubahan dunia blogging?
  • SPORTING MUMMY
    Projektor Terbaik untuk Guru Sekolah - INLAB Senz Projector
  • Dunia Zumal
    PLATINUM CHARTERS PERKHIDMATAN SEWA KAPAL LAYAR MEWAH DI PORT DICKSON
  • AziRahmanDotCom | JourneyOfLife
    Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort , Kedah
  • www.misszyaroses.blogspot.my
    Syahirah White Glow Brightening Plus Essence
  • .she's the camera maniac.
    DECK THE HALLS WITH SHOPEEFOOD PAYDAY CHRISTMAS SPECIALS
  • Hikayat Budak Pening
    Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.
  • ஐfatimah❀nabilaஐ
    Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh
  • ARZMOHA
    THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR TEPI TASIK
  • husnazahidi
    Kemeriahan Hari Raya Bersama Rumah Kebajikan Projek Pantri Ayam Brand di Kedah
  • cerita ZF
    Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate
  • Faqihah Husni ��
    Helllooooo
  • L ♥ I's Stories
    Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
  • Lokmanamirul.com
    Tonton Drama Curi-Curi Cinta Episod 1-28
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
  • MiA ZaiN
    Diskaun sehingga 80% Sempena Big Baby Fair di Lazada dari 25 ke 29 Julai 2018
  • Ada Ubi Ada Batas
    Panduan Takaful

Kawan ZF

  • Blog Sal
    Hadiah paling mahal pernah kuterima dari rakan Blogger
  • From FAMF Tower
    Mieng Kam Terbalik
  • VANILLA FREAK
    Gelaih Cafe, Makanan Western Sedap Di Penang
  • *KiSaH kAsEh*
    Mee Kari Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor
  • Miamorzafirah
    MNR JOURNEY - BACK ON 2019
  • Coretan Murni Alysa
    Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR
  • Belog Zai Zamree
    Welcome 2023
  • Jari Manis : Travel List
    Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak?
  • emi izzeyda diary's
    Eskayvie Mindtropic Bantu Tingkatkan Kesihatan Minda Dengan Tidur Yang Lebih Lena
  • Kiera Sakura
    KDrama Review | Another Miss Oh
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
  • cikpinz.com
    Sarapan Best di Sungai Petani. Kena Terjah ni
Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin

Created with for Cerita ZF