Assalamualaikum...
Cuti Deepavali lepas, sempat saya join program volunteer...
ni program pertama saya join di luar kawasan Kedah...
mai nk cita sikit progran ni.
MVM Volunteering Program ini di anjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
saya kebetulan tengah mencari program volunteer ni, terjumpa page MVM ni.. kebetulan MVM ada buat program ni dan perlu mendaftar...
pada hari nak daftar secara online, saya kerja.. bz sikit hari tu.. pendaftaran semua di uruskan oleh member yang join sekali...
Program ini diadakan ni Zoo Negara pada 29 October 2016.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih dan mendidik sukarelawan mengenai konsep kesukarelawan melalui aktiviti kemasyarakatan..
program ini juga bagi meraikan wira tidak didendang di Zoo Negara iaitu penjaga zoo selain menyebarkan pengetahuan mengenai tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dengan betul dan di samping dapat belajar untuk menghargai kepentingan memelihara kehidupan liar yang kian terancam.
Pada hari tersebut, para sukarelawan telah berkumpul di Pintu 3 Zoo Negara seawal jam 7.00 pagi. Taklimat ringkas telah diberikan oleh wakil MVM serta sesi suai kenal bersama para peserta diadakan. Kami juga amat bertuah kerana telah mendapat tajaan T-shirt program oleh Wildan Susu Kambing.
Dalam program ini, sukerelawan telah dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menjalankan aktiviti pembersihan di kandang haiwan berbeza yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Negara. Antara kawasan tersebut adalah Reptilia, Ikan, Badak, Penguin, Harimau, Landak, Lembu, Burung, dan Pengurusan.
alhamdulillah.. berjaya program tersebut..
tahniah dan terima kasih kepasa pihak MVM...
insyallah.. jika ada kelapangan lagi saya akan join program-program akan datang..
Fb : Muslim Volunteer Malaysia
kredit to MVM
14 comments
menarik!next time ajak la akak.kita cuci kandang rimau sesama..hehe
ReplyDeletesinggah dan follow sini.. salam kenal :)
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletenice. all the best..
ReplyDeleteKira turun kl la nih,...
ReplyDeleteBestnya dapat beramah mesra dengan penghuni2 Zoo :)
ReplyDeletebestnya program macam ni.
ReplyDeletezaman i dah berlalu kot.
dah tak larat dah..
hampir sebualn dah nih.. hehhe
ReplyDeletehebatt., kipidap dongibap., ;p
ReplyDeleteseronok buat program mcm ni. tapi tula kalau anak dah besar ok la. ni anak kecik lagi. kena tinggal dia pulak yg jadi tak best tu huuuu
ReplyDeleteseronoknya join aktiviti cam ni.. selain daripada membuat kerja amal, dapat jugak kawan baru kan
ReplyDeleteEh bestnyaaa..tak pernah tau ade program macam ni dulu huhu
ReplyDeleteseronoknya join aktiviti cm ni... aktiviti yang bermanfaat :D
ReplyDeletebestnya bestnya!
ReplyDelete