Bunga Rampai

by - Tuesday, April 09, 2019

Assalamualaikum..

Masih belum habis cerita kenduri saya.
Mengenai bunga rampai pula.
Bunga rampai selalunya digunakan dalam majlis-majlis adat melayu seperti majlis bertunang atau majlis perkahwinan.
Ia merupakan satu tradisi lama dalam masyarakat melayu kita.
Tetapi zaman sekarang, ada yang tidak lagi membuat bunga rampai ini dan masih meneruskan lagi bunga rampai ini.
Ia tidak salah untuk kita ikut atau tidak, sekadar adat melayu zaman dahulu sahaja.



Kelebihan bunga rampai ini akan menaikkan aroma bau wangi sahaja.
rasanya zaman sekarang, dah ditukarkan dengan wangian potpourri yang banyak dijual.




Proses untuk membuatnya mudah sahaja.
potong halus daun pandan tu,

digaul dengan air mawar

banyak cara nak buat bunga rampai ni, ada campur dengan bunga.

Air mawar,  pewangi

Siap digaul dengan air mawar. .


Boleh la tabur sikit bahagian ruang tamu dan bilik. . Biar wangi ja rumah. .

You May Also Like

2 comments

  1. Paling best menghiris bunga rampailah.. Kalau tempat Sha dicampur dengan hirisan bunga bagi lebih menarik..

    ReplyDelete
  2. time hiris bunga rampai siap berlawan-lawan siapa yg paling halus...hihi..
    suka bau daun pandan..

    ReplyDelete