Crispy Banana Chocolate atau Popia Pisang Bersalut Chocolate

by - Sunday, April 19, 2020

Assalamualaikum...

Kita dah masuk musim PKP Fasa 3 dah.
Mohon sangat ini fasa terakhir dan virus Covid 19 ni cepat-cepat hilang.
Saya dah rindu nak balik kampung dah. Insyallah harap-harap semuanya akan berakhir.


Kebetulan tengah musim PKP ni ada pisang yang masak.
Husband nak bawak ke sekolah pon tak da orang sekarang.
Jadinya cuba buat popia pisang bersalut chocolate atau nama ala-ala mat saleh Crispy Banana Chocolate.


Bahan dia tersangat lah mudah.. jom saya nak share

Bahan:
Pisang masak(tak kisah pisang apa pon, saya guna pisang kelat ja sebab tengah masak ranum)
Kulit popia
sedikit tepung gandum dicampur air
Chocolate bar

Cara buat:

Bentang kulit popia
Letak pisang yang dibelah dua atau nak letak sebiji terus boleh
Balut pisang dengan kulit popia seperti kita nak buat popia.
Hujung sekali gam kan kulit popia dengan tepung gandum yang dibancuh dengan air sedikit supaya kulit popia tak terbuka semasa mengoreng.

dah siap dibalut


Dah siap balut pisang dengan kulit popia itu tinggal masa untuk mengoreng.
Goreng sampai kekuningan dan boleh diangkat.

siap goreng

Disamping itu jugak cair kan chocolate bar atas air panas ja

ni anak nakan dok mengacau ja


popia pisang dah siap digoreng boleh la diletakkan limpahan chocholate 



Boleh ajak anak-anak anda buat sekali.
Mesti suka ditambah pulak adanya coklat ni pulak..
Sedap la..








You May Also Like

5 comments

  1. nak cuba buat la time raya nnt kalau ingt.

    ReplyDelete
  2. Pernah makan sekali...sedap juga , tambahan pula pisang tu ada rasa masam sikit2

    ReplyDelete
  3. Alahai.. lama tak makan popia. Nampak cekelat ni memang terliuq hahaah

    ReplyDelete