part 3 langkawi 2013 : beras terbakar + haji ismail group + dataran lang

by - Friday, August 29, 2014

assalamualaikum...

anda dah baca entry tentang perjalanan saya di Langkawi, kalau belum.. sila baca di part 1 lagi

Part 1 Langkawi 2013: bercuti bersama geng Ganazz

Part 2 Langkawi 2013 : Island Hopping


sambungan cerita saya di Langkawi...
masih hari kedua tapi disebelah petang.. selepas aktiviti island hopping...
selepas solat, kami decide nak ke cabel car tapi baru suku perjalanan ja, hujan turun..
saya suggest tak payah pegi la takut nanti tak dapat naik sebab hujan.. so saya ajak ke Beras Terbakar.. sebab apa yang saya servey dalam blog, situ ada jual kain batik banyak dan murah...
sepanjang perjalanan kami selalu berhenti nak tanya orang jalan nak ke beras terbakar..

ok akhirnya kami jumpa juga tempat ni...
kat sini tempat parking luas.. time kami pegi walaupon ramai orang tapi still banyak tempat parking lagi..
sempena nama tempat Beras Terbakar, mestilah ada beras yang terbakar...

diletakkan dalam cermin

sejarah

backgroud rumah kat tempat beras terbakar
kat sini, macam-macam ada jual.. kain batik,kain pelikat, baju tshirt, baju batik, keyhain, souvenir, jeruk, minyak gamat dan pelbagai lagi la...
boleh mintak murah kat sini tapi pandai-pandai la tawar menawar.. kalau beli banyak mesti boleh dapat diskaun lagi...
saya sunggest kan,pegi la kat Beras Terbakar.. kalau nak belikain batik sini, byak pilihan.. banyak kedai yang jual.. yang pasti boleh tawar menawar.. 
settle shooping kat sini.. kami teruskan perjalanan nak ke tepi pantai.. iaitu Pantai Cenang.. 
disebabkan kami menginap bukan di kawasan pantai.. so wajib juga nak pegi tepi pantai... nak bergambar

underwater kami tak masuk pon..

aisyay, imrah, raihana, afiqah, yusrina, shazwani, farhana
setiap nama ada kasut masing2..

Langkawi permata kedah

pantai cenang
mencari jalan nak masuk pantai pon kami tanya orang juga... 
rupanya ada jalan masuk tepi underwater world tue...
parking ja keta di tempat letak keta.. kami jalan ja pegi pantai...

kami tak lama kat situ, terus ke destinasi seterusnya iaitu Haji Ismail Group...
shopping coklat plak...
saya target tak nak beli banyak-banyak coklat sebab akhir sem lepas dah pegi Langkawi, coklat pon still ada lagi...
tapi apakan daya masuk ja Bangunan Ismail Group tue.. rambang mata terus..
nak membeli jugak.. bajet untuk coklat dah lebih sangat...
tak ada plak pic masa shopping coklat.. sebab semua bz dok shopping sakan...

destinasi last kami malam kedua ialah Dataran Lang...
lepas settle solat,makan kami terus pegi.. walaupon dah malam..





ada yang dah tak nak bergambar sebab kepenatan dah..
settle bergambar kami pon menuju jalan pulang...
otw nak balik, boleh lagi ada yang pesan nak beli manggi.. nk balik masak...
uishhh tak kenyang ka!!! 

sekian la cita langkawi untuk hari kedua...




You May Also Like

14 comments

  1. lemak banyak keluar masa jalan2..kena la makan..heheh

    ReplyDelete
  2. Seronokkk....bila tgk suasana di langkawi teringat lama sgt tak pi sana...weeeeeeee

    ReplyDelete
  3. memang seronok lama dah x p sana last sekali p masa study kat matrik arau dulu..lpas tu x berpeluang nak jejakkan kaki ke sana lagi..insha allah akan sampai ke sana lagi ...nak tgok langkawi terkini

    ReplyDelete
  4. Dalam 5 tahun dulu pernah gi Langkawi tapi x dapat jalan2 sangat sebab balik hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu anak baru sorang tapi x sempat jalan.
      La ni dah tiga..
      Kena tido sana lah bagus, kan?

      Delete
    2. Tdo Sana LA.. P balik hari x sempat nk jalan sakan.. Cuti sekolah nnt bawak anak2 ka..

      Delete
  5. belum pernah lagi g langkawi walaupun kakak duk sana....bila la nak sampai ni...

    ReplyDelete
  6. itu diaaa trip geng ganaz hihihik.. CT tak pernah pegi beras terbakar. langkawi tak pernah membosankan kan kan kan..

    ReplyDelete