Tempat Menarik Berfamily Day di Casa Bayu Chalet, Yan

by - Sunday, September 29, 2019

Assalamualaikum...


Alhamdulillah,
 dapat beraktiviti bersama keluarga walaupon tak cukup semua.
Abang saya telah menempah sebuah bilik VVIP di Casa Bayu Chalet.
Tempahan dibuat awal beberapa bulan rasanya.
kalau last minute tempah, memang tak da rezeki lah..
sentiasa full.


Apa yang best disini.
Chalet yang menghadap laut dan juga disediakan kolam mandi dihadapan chalet.
memang best pemandangan disini.


Bahagian bawah.  siapa ada air lagi

Chalet ini 2 tingkat dan terdapat 6 bilik biasa dan 1 bilik VVIP.


sambil-sambil nak malam tu, boleh la jalan-jalan dipersisiran pantai.
kebetulan air surut plak..






bahagian atas.. ada meja, boleh la nak melepak disini.


Aktiviti malam kami, ber BBQ plak.
tempat BBQ pon disediakan.
kat sini juga ada sebuah dapur tapi perlu disewa lah.


dapur pon lengkap, 2 peti ais
dapur memasak, rice cooker besar tu, pinggan mangkuk,
belanga periuk besar semua ada.. memang lengkap lah.
kita hanya bawak barang mentah untuk dimasak ja.


Aktiviti memasak pon bermula.
ehh silap, petang tu dah start masak dh. nak tunggu bakar ayam malam tu lambat sgt.
masak simple ja, goreng telur dadar, goreng sosej, nasi panas-panas, ada sambal lebihan pagi tadi, letak kicap sikit... makan ramai-ramai berebut-rebut dengan anak buah.. memang sedap lah..


tukang membakar ni.



di dapur kami sewa.. hanya ada satu ja dapur ni.. 
tak berkongsi dengan orang lain.






nak makan ala-ala tepi laut..
angkat la kerusi meja dok tepi laut..
pakat makan ramai-ramai.





makan sambil dengan deruan ombak.. air pasang pulak malam tu..

lepas makan, kemas-kemas semua, budak-budak naik bilik..
turn orang besaq plak mandi kolam..
hihi.. time siang budak-budak bolot semua kolam kat depa..


di awal pagi.. dah start hujan renyai-renyai
tapi ada ja budak-budak bilik lain dok mandi..


kaum wanita pulak.. sediakan breakfast + lunch..
habiskan apa yang ada.. makan siap-siap.


mee goreng 


macam-macam ada.. lebihan semalam panaskan balik ja.



makan bagi kenyang..
lepas check out, ada nak balik rumah terus, ada ke Penang, ada yang kenduri..



owner Casa Bayu Chalet sangat peramah.. bagusnya dia.. 



next year, kita buat lagi..


Happy Family...






You May Also Like

5 comments