Majlis Perasmian Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman | Artifak Rasullullah S.A.W & Para Sahabat R.A

by - Monday, March 27, 2017

Assalamualaikum...

Majlis Perasmian Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman | Artifak Rasullullah S.A.W & Para Sahabat R.A.


Majlis Perasmian tersebut telah di sempurna kan oleh Menteri Besar Kedah Yang Amat Berhormat Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah bermula pada pukul 3 petang di Muzium Negeri Kedah.

sebagai wakil media


Pameran Artifak ini berlansung selama sebulan bermula 20 Mac 2017 - 19 April 2017
Majlis Perasmian tersebut juga dihadiri dari pelbagai wakil media, exco-exco, pelajar dari UUM, pelajar-pelajar  dari sekolah dan juga orang awam.

Majlis juga di meriahkan dengan kemunculan artis iaitu Irwan yang suatu masa dahulu dipopularnya dengan lagu Memori Daun Pisang.

ketibaan Menteri Besar Kedah

Sebahagian gambar semasa Majlis Perasmian Pameran Pendidikan Tamadun Islam | Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A.

penyampaain cenderamata kepada Meneteri Besar 



Menteri Besar Kedah melihat kawasan Pameran



Negeri Kedah sangat bertuah dan juga negeri Kedah merupakan negeri ke empat untuk di pamerkan Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A selepas  Melaka, Putrajaya dan Kelantan.


Pelajar UUM
Buat rakyat Kedah atau yang berada disekitarnya, boleh la mengambil peluang ini untuk melihat sendiri Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Bole lihat seperti di bawah:

Tarikh : 20 Mac - 19 April 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah


Jika ingin datang bole terus membeli tiket secara online www.tamadunislam.com

Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma
Boleh layari di :



You May Also Like

3 comments