Assalamualaikum...
Hai semua!!!
Anda mencari tempat pelancongan menarik di Perak tetapi tidak tahu mana nak tuju???
Anda jangan tak tahu pulak!!
Perak ni sebuah negeri di pantai barat semenanjung yang banyak sangat tempat menarik, super-duper awesome dan tempat-tempat confirm mengujakan jiwa raga sesiapa yang datang.
Anda cakap ja nak tempat yang macam mana. Semua hado okeh.
Pantai yang mendamaikan ada.
Hutan lipur yang menenangkan jiwa dan sanubari ada.
Tempat-tempat happening seperti taman tema yang sesuai untuk hiburan seisi sekeluarga pun ada okeh.
Kali ini nak share dengan ualls semua taman tema yang best dan sesuai untuk anda berkumpul bersama keluarga anda sambil bergembira.
Kat mana?
Kat mana?
kredit |
Lost World of Tambun adalah jawapan terbaik.
mai nak cerita cikit...
Lost World of Tambun merupakan sebuah taman tema yang terletak di Ipoh yang kaya dengan budaya dan warisan.
Ipoh juga merupakan salah satu bandar bersejarah.
Ipoh juga merupakan salah satu bandar bersejarah.
Lost World of Tambun terbahagi kepada beberapa bahagian.
Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petty Zoo, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan Lost World Adventure Park.
Wahhh !!
banyak sangatkan tempat-tempat anda boleh lawati di Lost of Tambun ni.
banyak sangatkan tempat-tempat anda boleh lawati di Lost of Tambun ni.
Confirm segala kekusutan dan keserabutan yang sudah lama anda hadap akan terhapus di sini dan hadirlah sebuah ketenangan dan kegembiraan. Cewah..hehehe..
Dah penat seharian di Lost of Tambun mestilah nak berehat dan tidur di tempat penginapan yang selesakan.
Manjakan diri anda dan berehat di Lost World Hotel. Hotel yang awesome ini menawarkan beberapa jenis kemudahan bilik dengan harga yang amat berpatutan iaitu Super Suite, Premiere Suite, Executive Suite, Deluxe Suite, Classic room dan Exotic room.
kredit |
Untuk pengetahuan anda, harga bilik yang paling mahal ialah Super Suite manakala harga bilik paling murah ialah Exotic Room.
So anda bolehla tempah bilik mengikut kesesuaian budget anda. Bilik-bilik yang fantastic ni menawarkan kemudahan seperti free wifi , tv dan banyak lagi.
Anda boleh layari laman web rasmi Lost World of Tambun untuk membezakan kemudahan dan keselesaan setiap bilik yang disediakan.
Yang bestnye bila anda menginap d isini, enjoylah sarapan pagi percuma untuk 2 orang dan perkhidmatan free shuttle juga disediakan.
Selain itu,anda akan diberi 2 tiket free ke Lost World Hot Spring Dan Spa pada waktu malam.
Tiket ni free bagi setiap malam anda menginap. Maksudnya, 2 malam korang menginap, korang akan dapat 4 tiket free.
Apa yang ada kat Lost World Hot Spring Dan Spa?
Tempat ni sangat best untuk relaxkan diri. Air panas daripada 100% mineral semula jadi akan menyegarkan anda setelah seharian kepenatan. Antara fasiliti yang disediakan ialah Saphira’s Lair, Crystal Spa, Infiniy Pool, Crystal Pool, The Geyser of Tambun, Lost World Steam Cave, Top of The World Pool dan Foot Spa.
Tempat ni sangat best untuk relaxkan diri. Air panas daripada 100% mineral semula jadi akan menyegarkan anda setelah seharian kepenatan. Antara fasiliti yang disediakan ialah Saphira’s Lair, Crystal Spa, Infiniy Pool, Crystal Pool, The Geyser of Tambun, Lost World Steam Cave, Top of The World Pool dan Foot Spa.
Di Saphira’s Lair, tempat ini dibuat khas untuk kanak-kanak. Apabila matahari terbenam, seakan berada di dunia maya yang lengkap dengan cahaya yang bewarna-warni. Pastinya membuatkan anak- anak anda teruja dan happy.
Crystal spa menawarkan kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati terapi badan dengan bayaran nominal.
Spa ini dibuka dari pukul 3 petang hingga 11 malam.
Berada di Crystal Pool pula amat menenangkan.
Direka khas dari Jubin Kristal dan ditemani lampu warna warni bercahaya pada waktu malam akan membuatkan anda begitu tenang.
Lost World Steam Cave memberikan pengalaman spa sebenar. Bertindak sebagai sauna, menggalakkan detoksifikasi meninggalkan kulit yang bersih dan segar dan menggalakkan peredaran darah. Pasti menghilangkan tekanan kan!!
Top of World Pool betul-betul berada di bahagian atas Lost World Hot Springs & Spa. Kolam di sini adalah kolam jakuzi dengan pancutan air yang berikan urutan bagus untuk otot, sendi dan titik tekanan pada badan korang .
Akhir sekali, Foot Spa ni dilengkapi dengan batu refleksologi yang dipasang pada lantai. Korang boleh berjalan di atas batu-batu kecil sambil menikmati mata air panas yang semestinya menenangkan kaki korang okey.
Toksin dan kekotoran dalam badan juga dapat dihapuskan serta merangsang pengeluaran endorphin yang membawa kepada sistem imun yang lebih baik. Haaaa gituwww.
untuk pengetahuan korang, hotel ni selalu penuh tau. Lebih-lebih lagi masa musim cuti sekolah dan cuti umum. So bila korang datang Ipoh dan nak book hotel in Ipoh on traveloka then jangan lupe search nama Lost World Hotel ni hokey!!
Selamat bercuti.
8 comments
thanks sharing, mmg ada plan nak ke sini
ReplyDeletetak pernah sampai lagi kat tambun.. seksinya model hahahaha
ReplyDeletepernah pergi besttt.. skrg tak pasti la berapa harga masuk.. dulu beli kat groupon pakej hotel, tiket masuk waterpark semua. rm168..
ReplyDeleteBila baca ni baru saya tahu.
ReplyDeletebestnyer, adoii, tgh cari tmpat nk holiday ni..
ReplyDeleteTeringin nya nak pi sini..
ReplyDeleteTapi nak kena tunggu si adik besar skit kot kan
Banyaknya kemudahan hotel ni! Crystal Spa dan Steam Cave nampak best sangat!
ReplyDeleteTeringin nk pegi lost world tambun tu
ReplyDelete