Keunikan Kellie's Castle, Perak
Assalamualaikum...
Salah satu tarikan di Perak, Kellie's Castle.
Tempat tinggalan sejarah yang masih menjadi tumpuan para pelancong dalam atau luar negara.

Walaupon nampak tinggalan lama, keunikan bangunan yang tidak siap masih nampak
Tangga Spiral |
Tangga Spiral ini menuju kebilik rahsia.
Balkoni Serambi Berhantu |
Sejarah Kellie's Castel
Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.
Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.

kredit: mdbg
tengok ruang ini, macam seram ja |
pemandangan dari atas |
Ramai juga yang bergambar disekitar kawasan ini.
malah pengantin juga ada yang bergambar outdoor disini.
Pengambaran filem Munafik 2 juga membuat shooting disini.
Memang sesuai sekali la tempat ini dengan cerita seram
Disini jugak disediakan cafe, so boleh berhenti nak minum-minum dulu selepas penat berjalan.
Gerai cenderamata pon ada juga untuk sebagai kenang kenangan.
Dibuka pada setiap hari
9.00 pagi - 6.00 ptg
Bayaran Masuk:
Rm 5.00 (warganegara)
Rm10.00 (Bukan warganegara)
Kellie's Castle
Batu 5, Jalan Gopeng
31000 Batu Gajah, Perak
05-3653381
2 comments
patut la orang kata situ seram
ReplyDeletecantiknya tempat tu.. tapi nampak sunyi jer tu tempat
ReplyDelete