Berkelah sambil bermandi manda di Sungai Halim

by - Saturday, February 16, 2019

Assalamualaikum... .

Aktiviti berkelah antara aktiviti riadah yang boleh kita lakukan bersama keluarga. 
Ia juga dapat merapatkan silaturahim dan juga dapat berkumpul bersama keluarga setelah masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal berjauhan. 

Apa yang saya nak ceritakan, aktiviti saya pada beberapa minggu lepas.  
Dapat berkumpul bersama adik beradik di kampung walaupon tak semua ada. 
Plan hanya untuk buat makan-makan steamboat malam tu. . Lajak keesokan hari berkelah di tepi sungai pula. 


Masak simple-simple ja untuk dibawa berkelah di tepi sungai. 
Tetapi tetap cukup berselera bila dapat makan beramai-ramai. Ditambah pula di tepi sungai. 


Di kampung saya, Sungai Halim antara sungai yang paling menjadi tumpuan penduduk Felda Lubuk Merbau untuk bermandi manda. Setiap hari, ada ja status kawan-kawan di media sosial update datang berkelah di sungai ini. 



Masa saya datang tempoh hari,  memang ramai penduduk kampung sedang berkelah dan bermandi manda.. 
Ada siap bawak khemah, buat buaian pon ada,  berkelah sambil membakar lauk pon ada.


Boleh dikatakan setiap hari,  Sungai Halim ada pengunjung untuk bermanda manda. 
Lokasi sungai ini sangat strategik untuk di jadikan tempat bermandi manda.  Ada batu-batu kt sungai.  Kedalaman pon hanya setakat paha saja. . Boleh la nak berendam-rendam.  



Musim panas macam sekarang memang sesuai la sangat.  Hujan pun, banyak hari x turun.  Tetapi beringat jugak, walaupon musim panas atau pon hujan bahaya tetap ada. 

Anak buah saya,  iman dan along







Bila dah ramai yang berkunjung tiba,  kebersihan tetap kena jaga ya. .
Sebelum nak ke sungai,  akan lalu kawasan rumah yang saya panggil mak cik Zah, kawan mak saya jugak. 
Penat tuan rumah bersihkan kawasan rumah dan sungai berdekatan. 



Teringat zaman kecik dulu,  suka mandi sungai dengan kawan-kawan.. 
Port selalu sungai tokmat tak pon sungai belakang rumah sahabat saya azizah..  
Sebelum balik rumah,  keringkan dulu baju seluar baru balik rumah.  Kalau tak nanti kena marah. 
Pernah juga dulu,  kasut saya hilang dalam air.. 
Takut oo nak balik rumah kasut dah hilang, takut kantoi pi sungai. 
Rindu zaman dulu-dulu,  masak maggie tepi sungai la. . 
Macam-macam lagi kenangan mandi sungai ni.  
Kenangan sngat manis diwaktu kecil bersama kawan-kawan. 





You May Also Like

7 comments

  1. Cantik sungainya
    memang sesuai untuk tempat beriadah

    ReplyDelete
  2. bestnyaa berkelah sambil bermandi manda...aktiviti yang dah lama sangat tak buat..

    ReplyDelete
  3. bestnya sungai luas cetek macam nih..

    ReplyDelete
  4. musim-musim panas ni memang syok dapat berkelah mandi sungai camtu. tapi tu lah sepatutnya kebersihan masing-masing kena jaga jgnlah biarkan je sampah merata. kesian makcik zah pulak kena bersihkan ha..

    ReplyDelete
  5. Musim panas ni dapat berendam dalam air sungai memang bestlah..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya kawasan sungai nie.. lama tak mandi sungai..

    ReplyDelete
  7. anak-anak kalau dapat berendam memang tak ingat nak naik.. perut lapar pun dikatakan kenyang.. hee~

    ReplyDelete