D' Perapi Tebengau, Tempat Makan didalam Kawasan Paya Bakau
Assalamualaikum...
Keunikan tempat makan didalam kawasan paya bakau juga dapat menarik perhatian pelanggan untuk datang mencuba dan merasai makan dalam kawasan paya bakau.
Di Restoran D'Perapi menyediakan kawasan tempat makan di paya bakau.
Bukan sahaja tempat makan unik, menu makanan juga perlulah menyelerakan dan juga sedap.
lagi akan bertambah pelanggan untuk datang mencuba.
Pelbagai menu ada disini.
Menu-menu special kt sini |
Saya mencuba mee udang super special yang berharga rm15.00
terdapat 4 ekor udang bersaiz besar
untuk kuah mee udang bg saya rasanya biasa ja tapi masih boleh dimakan lagi.
untuk menu husband saya,
mee kari ketam/sotong/udang berharga rm25.00
ni dah lebih dari super special dah ni.. bersuper-super special ni.
ketam sekor, sotong siap ada telur lagi 2 ekor dan udang size besar 2 ekor.
diberi siap pengepit untuk makan dengan ketam
rasa mee kari dia ok sedap jugak.
Air milo tabur jambul dan sirap limau |
best kat sini kawasan paya bakau ni ditepi pantai,
menampakkan pemandangan yang menarik lah buat pelanggan
Disediakan juga meja makan berkerusi atau untuk bersila.
buai @ duoi pon ada dipasang antara pokok-pokok bakau ini.
untuk kesini perlu melalui jalan-jalan kecik dan ada jalan yang rosak,
perlulah berhati-hati memandu
No Tel: 01116949029
Waktu Operasi:
Rabu - Ahad 3PM-10PM
Tutup : Isnin &Selasa
3 comments
Cantik lah tempat dia! Bahagia kalau saya dapat makan udang sebesar tu. Ketam dia pun mengancam!
ReplyDeleteBestnya...makanannya pun nampak menarik...ketam...udang tu..huhuuhu...
ReplyDeleteWah...ada nooh...tak biasa dengar lagi ni
ReplyDelete