Nasi 'Apollo'

by - Friday, July 12, 2019


Assalamualaikum...


Nasi Apollo ni sebenarnya nama bekas Apollo yang diperbuat daripada aluminium dan tongnya seperti roket tu.
Selalunya "Apollo" ini akan digunakan dalam majlis kenduri pakat atau bahasa mudah gotong royong.



Cara memasaknya seperti kukus. 
Didalamnya ada besi bertingkat untuk memasukkan talam yang berisi beras.
Selepas mengisi semuanya, bekas Appolo yang digantung dengan tali akan menutup besi bertingkat itu.

Keistimewaan memasak dalam bekas apolo ini ialah nasi tidak berkerak dan kuantiti nasi dimasak pula banyak. 

Di kampung saya, bila ada kenduri pakat selalunya akan gunakan bekas apollo ini.
Kaum lelaki yang selalu akan memasak.
Tapi sekarang dah tak ada, kebanyakkan jiran di kawasan kampung saya dah tak larat. Banyak warga tua.
Di sesetengah tempat masih lagi menggunakannya, seperti kenduri saya pergi baru-baru ini di Alor Binjai.

Kenduri sekarang ini nak lagi cepat guna ja periuk eletrik yang besar tu.
Nak lagi senang, tempah katering ja. Lagi mudah tetapi kurang lah aktiviti gotong royong bersama jiran.


Nasi kenduri dari pakat orang kampung. makan panas-panas sedap ni.

You May Also Like

8 comments

  1. Sedap sebenarnya nasi ni. Tahun lepas sempat makan kat tempat kenduri kahwin kat Yan. Kenduri sapa tah, men belasah jak sebab lapar baru habis mesyurat kat lagenda high di SP. haha...Lepas kenyang terus pecut ke Airport Penang sebab kejar flight balik ke Sabah...Rindu Kedah....3 tahun belajar kat sana.

    ReplyDelete
  2. aduhhh lapar pulak lepas terjah entri ni haha

    ReplyDelete
  3. kampung saya masih ada tapi taktau la plak orang panggil nasi apollo..hahaha

    ReplyDelete
  4. Rasanya pernah makan nasi apollo ni tapi tak ingat dah bila. SEdap..

    ReplyDelete
  5. 1st time tau, dengar & tgk psl nasik apollo ni. rare!

    ReplyDelete
  6. sedap nasi kukus apalagi kalau makan panas2..kt kpg akk pun ramai warga emas, org muda2 dah kurang..kalau kenduri mmg guna catering..

    ReplyDelete
  7. Bagus jgk guna belas ni sbb klaau nasi berkerak..rugi

    ReplyDelete