Istiadat Perarakan & Perbarisan Kehormat Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah ke-29

by - Monday, October 22, 2018

Assalamualaikum..



Julung-julung kali diadakan Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat Sempena Pertabalan KDYMM Sultan Kedah.  Kali terakhir istiadat pertabalan Sultan Kedah diadakan pada tahun 1959. Saya pon pon belum lahir lagi masa itu.

Kali ini,  pada tahun 2018 diadakan sekali lagi Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Kedah.  Suka saya untuk mengikuti setiap istiadat yang diadakan.

Dan pada hari Sabtu 20 Oct 2018 pula,  Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormat diadakan.  Kali saya tak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan perarakan ini yang penuh bersejarah ini. 
Sanggup saya mengambil cuti semata-mata nak menyaksikan perarakan yang julung-julung kali diadakan. 
Kali terakhir diadakan pada 59 tahun yang lalu. 

Perarakan ini bermula dari hadapan Dataran Wisma Darul Aman sehingga ke Dataran Medan Bandar seawal 7.00 pagi lagi. 







Sultan Kedah dan Sultanah dibawa  dengan Bahtera DiRaja iaitu Layang Emas.  Turut disertai perarakan ini ialah Unit Berkuda PDRM, Pancaragan KSAH, Kuda Island Horses, Pancaragam SMJK (C)  Keat Hwa,  Pancaragam SMK Sultanah Asma,  Kontinjen ATM dan juga gajah. 



Turut sama,  Penghulu, pelajar sekolah,  Pegawai Agama,  Pegawai Persekutuan,  Pegawai tadbir Negeri dan Ketua Istiadat/Dato' Bergelar.





Dianggarkan lebih 20,000 pengujung yang datang menyaksikan acara istiadat perarakan.

Rakyat Kedah kebanyakkan tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri istiadat yang bersejarah ini.

Daulat Tuanku

kredit : Warta Kedah
    Polis Kedah

You May Also Like

7 comments

  1. Menarik sekali ...majlis besar-besaran pertabalan Sultan ini Daulat Tuanku.
    klik blog saya ada paparan di hari perarakan

    ReplyDelete
  2. Wow..kenapa last istiadat pertabalan dibuat pada 1959? Lama sangat dah tu..

    ReplyDelete
  3. Tak tau bila pulak boleh tengok acara gemilang macam ni

    ReplyDelete
  4. best la dapat pegi. tak pernah pulak pegi event mcm ni seumur hidup.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete