Kemeriahan Power Root Exclusive Road Show di Mydin Mall Taman Batik Sungai Petani

by - Wednesday, September 06, 2017

Assalamualaikum...


Power Root Exclusive Road Show Di  Mydin Mall Taman Batik Sg Petani Kedah

Hujung minggu yang lepas iaitu 3 September 2017, team Blogger Utara sempat menghadirkan diri di Power Root Exclusive Road Show di Mydin Mall Taman Batik, Sungai Petani. Road Show ini telah berlansung selama 3 hari dari 1 Sept hingga 3 Sept 2017. 




pentas utama

Tujuan utama road show ini adalah untuk mewawarkan peraduan yang sedang berjalan iaitu 'Tunaikan Hasrat Umrah Bersama dengan Tersayang'. 
Mydin Mall Taman batik, Sungai petani dipilih untuk diadakan road show ini kerana Sungai Petani merupakan salah sebuah bandar yang membangun di utara tanah air dan juga dimana bilangan pelanggan power root disini semakin berkembang.

penuh dengan pelanggan power root

Sepanjang berlansungnya 3 hari road show, pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokan disediakan. Terdapat aktiviti untuk pelanggan dengan mencuba nasib memutar papan beroda dan memenangi pelbagai barangan istimewa.



Kaunter untyk pembelian barangan power root


Disamping itu juga, power root telah membawa terbang Duta AliCafe iaitu seorang selebriti yang terkenai Alif Satar. Para pelangan berpeluang untuk beramah mesra dengan duta Alicafe pada hari tersebut.



pelanggan power root - siadik wan Nadira berpeluang berkaroake dengan Alif Satar

pelanggan power root seterunsya sedang berkaroake bersama Alif Satar

Aktiviti lain yang diadakan iaitu, persembahan dari Alif Satar dengan beberapa lagu dipersembahkan dan terdapat jugak sesi berkaroake bersama Alif Satar.




demostarsi dari Alif Satar 

Selain itu juga, beberapa pelangan yang terpilih dapat melakukan demostrasi membuat aisblender dari product power root ini bersama Alif Satar.

beratur panjang menunggu giliran bergambar dengan Alif Satar

Sesi terakhir ialah sesi photographer / bergambar bersama Alif Satar. berpusu-pusu pelanggan power root beratur untuk bergambar dengan Alif Satar.

Sesi beramah mesra dengan Team Blogger Utara

Wakil dari team Blogger Utara Fathien, Tiem, ZF, Pha Is, Kak Marsha berpeluang beramah mesra dengan Duta Alifcafe, Alif Satar sebelum persembahan bermula.

Sebelum mengakhiri coretan ini, saya ingin berterimah kasih dengan Bee Abdullah, kerana sudi invite untuk ke Road Show ini.


Bagaimana anda menyertai Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah ini.. 
nest entry saya akan jelaskan caranya...


You May Also Like

0 comments