Aspen Vision City Park| Tarikan terbaru di Batu Kawan, Pulau Pinang

by - Tuesday, November 27, 2018

Assalamualaikum..

Aspen Vision City Central Island Park

Aspen Vision City Park,  merupakan satu projek pembangunan yang terbesar di Pulau Pinang,  
 Di situ juga terdapat sebuah mall yang besar iaitu Design Village dan akan di buka Ikea pada bulan Mac tahun hadapan. 



Aspen Vision City Central Island Park

Ia menjadi tarikan terbaru disini, dengan adanya tempat seperti sebuah taman bunga. . 
Aspen Vision City Central Island Park ini, tempat yang sangat sesuai untuk bergambar. 





Sebelum ni, saya hanya lihat gambar viral dalam facebook ja. .
Kali ni saya merasa datang kesini. .
Memang wow,  cantik la tempat ni.. 



Otw dari Perak nak balik ke Kedah,  sempat saya singgah bergambar disini. 
Waktu saya datang dalam 10 pagi lebih dan hujan masih renyai-renyai lagi. 
Waktu ini,  dah ada 2,3 family Chinese  sedang bergambar. . 
Tapi tak la ramai sangat,  senang la nak bergambar tanpa ganguan orang ramai. 




Ada juga air pancut di dalam tasik buatan ini.





Ikea hanya disebelah saja..  


Nak datang sini mudah saja. .
Jangan macam saya,  dok ingat Batu Kawan seberang pulau..  Rupanya Batu Maung, seberang pulau. .



Dari highway utara selatan tu,  exit ja untuk naik Jambatan Sultan Abdul Halim atau jambatan kedua Pulau Pinang. 
Nanti exit pulak ke Bandar Cassia..  Turun ja highway tu..  Nampak ja Ikea,  sebelah Ikea ja. . 

Tempat ini boleh menjadi salah satu tempat menarik di Pulau Pinang ini. 
Sesuai untuk sesiapa untuk datang.


You May Also Like

2 comments