Tempat Makan Di Teluk Intan, Perak

by - Wednesday, December 12, 2018

Assalamualaikum..

Baru-baru ini berkesempatan saya singgah sebentar di Teluk Intan.
rasanya dah 3 kali saya datang Teluk Intan. 
Tetapi kali ini saya hendak ke Selekoh, Bagan Datuk, masih juga saya nak singgah ke Teluk Intan sebentar.

Di Teluk Intan ini terdapat banyak tempat makan yang boleh di terjah. Kebetulan kak ipar saya memang asal orang sana, so dia senaraikan tempat makan yang best untuk dirasa.

Jom saya senaraikan.


Senarai Kedai Makanan Popular di Sekitar Teluk Intan

1. Gulam Rasul (Jalan Changkat Jong)
Menu istimewa : Ayam goreng berempah, ayam tandoori, nasi beriani dan berbagai-bagai jenis gulai.







Restoran Gulam Rasul saya dah try, memang sedap. dan kedainya bersih ja.


2. Restoran tepi sungai (Nasi Lambai atau Kedai Janggut)
Menu istimewa : Ikan goreng asam, sambal kelapa dan berbagai-bagai jenis gulai.

Alamat :  41 - 46 Jalan Raja, 36000 Teluk Intan


3. Restoran Krisnan (Jalan Changkat Jong)
Menu istimewa: Ayam goreng berempah dan lauk yang betul-betul 'fresh'.

4. Restoran Nasi Kandar (Jalan Speedy)
Menu istimewa: Kari kepala ikan dan masakan dari jenis kurma.

5. Restoran Yusoffia
Menu Istimewa: Nasi kandar dan nasi beriani.

6. Kedai-kedai masakan Melayu yang 'top' (belakang Bank Rakyat Lama)
 - murah dan pelbagai jenis lauk pauk

7. Mee rebus yang paling 'famous' di Teluk Intan
- Mee Rebus Mastan Ghani (4 cawangan),
- Mee Rebus Abdullah,
- Mee Jawa Jalan Speedy (petang shj)

8. Rojak pasembor yang 'top' di Teluk Intan
-Rojak Mastan Ghani

9. Rojak buah No.1 di Teluk Intan
-Rojak Ah Chai (bersebelahan Pasar Teluk Intan)

10. Gado-Gado popular di Teluk Intan
-Gado-Gado Maideen (berhadapan Menara Condong)

11. Roti canai dan capati paling 'top'
- Anthony roti canai (Taman Ros Teluk Intan)
- Gerai Pak Andak (Skomk lama)

12. Nasi Goreng hailam No.1 di Teluk Intan
-Restoran Joo Heng Long (berhadapan kedai Mastan Ghani)

13. Teh tarik No.1 di Teluk Intan
-Kedai kopi Pak Ya dan Kedai kopi Abg Hassan (Jalan Laksamana)

14. Laksa paling sedap dan 'top'
-Makcik Kiah Laksa (Jalan Sg. Nibong-berhampiran Geretak Besi Lama)

15. Nasi lemak paling 'top'
-Nasi lemak Nuar Udang (Kg. Terengganu, Durian Sebatang)
-Kedai kopi Pak Hassan (Jalan Laksamana)

16. Mee rebus daun pisang
-Belakang stesen bas lama Teluk Intan (malam sahaja)

17. Apam balik yang 'top'
-Apom balik Malindo (Jalan Ah Cheong)

18. Kuih muih paling 'top'
-Simpang tiga utama Kg. Bahagia

19. Air bandung dan soya paling top
-Air soya simpang tiga utama Kg. Bahagia
-Air soya Halim (Taman Ros, Teluk Intan)

20. Air mata kucing dan ABC No.1 di Teluk Intan
-(berhadapan Coliseum Teluk Intan)

21. Kuetiaw No.1 di Teluk Intan
-Restoran River View (di tepi Sg. Perak)

22. Burger yang 'top' di Teluk Intan
-Burger Adik (hadapan Bank Islam) dan Fahme Burger Kg. Bahagia

23. Masakan Orang Minang paling 'top'
-Gerai masakan Minang di Jalan Speedy (belakang Kedai Mee Jawa)

24. Tom yam yang 'top' di Teluk Intan
-Berkat tom yam (bangunan Skomk)
-NASA Tom Yam
-Tom Yam Restoran River View (Jalan Pintu Sepuluh)



kredit : welcome to teluk intan

You May Also Like

3 comments

  1. Rasanya saya tak pernah pi jalan2 kat Teluk Intan lagi..tapi kat Ipoh saya dah rasa nasi ganja. Susah tu nak dapat kat tempat lain..

    ReplyDelete
  2. Gulam Rasul famous n sedap..!! lamaaaa gila x pegi jalan area sana. menggamit kenangan pulak..

    ReplyDelete