Seikhlas Budi Sekampit Beras

by - Thursday, December 06, 2018

Assalamualaikum..

Program Seikhlas Budi Sekampit Beras


Sebagai anak penoreh getah,  bila musim hujan turun ni, teringat bagaimana la keluarga dan orang kampung nak menoreh. 
Sumber pendapatan juga akan terjejas.  
Walaupon anak felda,  tetapi bukan semuanya berduit sangat.  Masih ada lagi mengharapkan hasil menoreh jugak. 
Ditambah jugak dengan kejatuhan harga getah pada masa ini.  Berapa sangat la yang dapat. 
Dan saya sejak dari kecil lagi mak ayah dah mengajar  masuk kebun boleh baca disini 



Sehubungan dengan itu,  Exora Owners Cars Clubs Malaysia (EOCM) telah menganjurkan program amal iaitu Program Seikhlas Budi Sekampit Beras. 

Ia bagi membantu golongan penoreh getah yang kurang berkemampuan. 
Dan berharap program ini akan membantu meringankan golongan ini. 
Ia melibatkan lapan kawasan di seluruh Malaysia. 

Program ini akan dilaksanakan pada  22 Disember 2018, Sabtu. 

Jika sesiapa berminat untuk menghulurkan sumbangan boleh berhubung terus di nombor 013-3768008 atau menyumbang ke akaun Maybank Exora Owners Cars Clubs Malaysia 555108302230 (setiap transaksi atas nama : SBSB)


You May Also Like

2 comments