Cendol Buah Sham DK

by - Sunday, April 09, 2017

Assalamualaikum

kredit to Cendol buah Sham DK
Cendol Buah Sham DK
pernah menjadi viral di facebook 2,3 bulan yang lepas..
kebetulan kedainya terletak area Alor Star ja... sempat la saya pergi terjah untuk
merasa kenikmatan cendol buah ini.


Time saya datang waktu tengah hari, memang penuh la..
kena beratur ikut turn nak order cendol ini..
biasalah bila dah viral, semestinya akan menarik ramai pelanggan akan datang.
nasib baik tak perlu tunggu tempat duduk..
cuma perlu beratur ja untuk order.


gambar cendol yang saya cuba terdelete la pulak..
rupanya sama ja seperti yang diviralkan..

kredit to cendol buah Sham DK

kat sini ada pelbagai cendol..
CENDOL BIASA - Rm3.50
CENDOL PULUT/TAPAI - Rm4.00
CENDOL AISKRIM - Rm 4.00
CENDOL BUAH - Rm4.50
CENDOL SPECIAL - Rm5.00

pilih ja mana satu anda nak...
klau saya suka special..semua ada dalam tu.. sapa yang datang alor setar bole la mencuba...

Lokasi :

- Warung Pak Mat Curut 2, Kampung Berjaya (Sebelahan Pejabat Pos Malaysia).
waktu operasi:
(AHAD - JUMAAT) Tutup Sabtu
(10:30pg - 07:30ptg)

mereka juga telah membuka cawangan kedua di lokasi :

-Restoran Padang Bulan Foodcourt (Restoran Mama) Jalan Sultanah Bahiyah, (Menuju Ke Highway Langgar) Selepas Sekolah Menengah Syed Omar.
waktu operasi:
(SABTU - KHAMIS) Tutup Jumaat
(10:30pg - 07:30ptg)


Facebook 

Instagram

You May Also Like

6 comments

  1. Sedapnya cendol.. I loike :) 2minggu sblm bersalin baru ni sempat pekena cendol bakar kat kuala selangor.. Pernah jd viral satu ketika dulu hihi

    ReplyDelete
  2. iskh...awt br tau.klau x leh bwk tok besah mkn situ hr tu

    ReplyDelete
  3. Ingatkan cendol buah je tp mcm2 jenis cendol ada tu

    ReplyDelete
  4. akak ada pi ritu. tapi petang balik kerja. malangnya cendolnya dah habis pun. nt time lunch boleh kot try pi. tp kena pi awal gamaknya

    ReplyDelete
  5. sedapnya cendol lama tak makan... alamak tiba2 terliur la

    ReplyDelete