Travel Penang 2013 (Bukit Bendera + Queensbay + Pesta Penang)

by - Friday, August 22, 2014

assalamualaikum...

walaupon dah dekat setahun dah saya pergi, tapi still nak cerita juga...
sebenarnya plan nak ke Penang nie tak dirancang dengan betul pon, just main-main ja..
si fuzah la ajak pegi ke Pesta Penang, sepatutnya minggu cuti tu saya patut balik kampung.. disebabkan dia ajak  terus saya on ja.. jumaat nak pegi, rabu baru plan.. nak tnya sapa nak pegi, brapa orang pegi, cost berapa,tempat apa nak pegi..
setelah kami bertanya dan mencari dalam kalangan mmber sapa nak ikut.. so cukup lah 5 orang sebiji keta.. costnya kami collect sorang rm 50 ja..
so yang pergi saya aka zarul farhana, fuzah,yus, iem dan wani..
setelah perbincangan di buat kami bertolak pagi dalam area pkul 7 dan kami decide lalu jambatan ja, tak nak naik feri

first tempat kami kunjung ialah Bukit Bendera
bukit bendera
sampai ja sini, memang ramai laorang, al maklumlah musim cuti sekolah....
kami wakilkan si Fuzah la belikan tiket.. sebelum pegi saya dah view dalam blog..
nak beli tiket tunjukkan ic dan student card kalau nak murah... dapat la harga tiket kanak-kanak Rm4..murahkan...
5 tiket kami... tiket kanak-kanak ya...
dah settle bab tiket kami beratur plak nak naik tren, lebih kurang 15 minit jugalah menunggu nak naik.. tue pon kena rebut rebut sikit supaya kami tak berpisah...
bila dah dapat naiklega la sikit..
naik tren nak sampai atas kejap ja, laju tren tue...
suasana padat dalam tren..
bila dah smpai kat atas tu, jadi teruja plak tengok pemandangan Pulau Pinang, Subhanaallah..cantik sgt..
setiap view tempat mesti nak ambil pic, sampai dengan papan tanda, bendera semua benda la, mesti nak bergambar..


view dari atas bukit bendera..

kami berlima

jauh sungguh gmbar


 next destination kami nak pegi Queensbay Mall
bukan nak shopping pon, just jalan-jalan jamu mata ja ..
pas2 keluar bergambar tepi pantai queensbay.. pantai nie kalau petang hingga malam memang ramai orang..


nampak jambatan pulau pinang

seterusnya plan utama kami nak ke Pesta Penang..
sebelum tue singgah kejap rumah abg si Fuzah, memang langkah kanan kot kami, rezeki dijamu laksa, bubur, buah nangka madu..
settle makan, apa lagi ke Nibong Tebal plak. nak ke Pesta Penang..
kami pegi dalam area 5 pm, parking pon dah makin banyak keta...
charge parking RM 2...
tiket nak masuk Pesta Penang RM 3
dah masuk dalam Pesta tue, kami decide nak jalan-jalan ja dulu
macam-macam jenis barang orang menjual, ada pakaian, jersi, carpet, tikar, macam-macam la..
kena datang tengok sendiri la...


Add caption
bagi umat islam jangan risau nak solat kat mana, dalam nie ada surau.. boleh muat ramai orang..
dalam nie juga ada satu taman, ala-ala i-city la.. cantik juga..

pencahayaan lampu-lampu mencantikkan kawasan taman 

nie tiket kami just RM 3

pintu masuk taman mini
masa dalam pesta tue, kami just jalan-jalan ja, 
tak main pon apa-apa permainan... 

hahahahah over plak
ada satu gerai ada buat perkhidmatan bergambar macam nie..
dia akan cuci segera kat situ jgak..
ikut la nak berapa R..
kami just beli sekeping then scan bagi sorang satu..
sambil-sambil tunggu dia siapkan gambar, kami berposing la sendri pakai kamera sendiri..
hehehehe

dalam pukul 9 kami dah gerak nak balik..
takut lewat plak nak sampai U..
nak keluar dari situ pon dah jem, 
dalam pkul 11 lebih kami selamat sampai..
alhamdulillah, perancangan kami berjaya juga...

bajet  :
dari UUM ke Penang
tol jitra - RM 1.60 dua hala =rm 3.20
tol hutan kampung ke tol sungai dua - RM 13 dua hala = rm 16
tol naik jambatan ( huhuhu xingat tapi dalam rm 8+ kot) = rm 9
minyak keta ( lupa plak, anggaran dlm rm 70) = rm 70
tiket bukit bendera RM 4 (5 org) = rm 20
tiket pesta penang rm 3(5 org) =rm 15
parking keta bukit bendera+ queensbay + pesta penang = rm 6
makan breakfast, lucnch, makanan sampingan (sendiri) = rm 20
souvenir (sendiri)= rm 30 



You May Also Like

9 comments

  1. Bestnya! Akak x sampai lg bukit bendera tu. Student dpt rega tiket kanak2 heeee untung lahh klau tiket dewasa berapa harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak JM kena pusing satu malaysia dulu la..tiket dewasa rasanya rm 15 kot.. saya dh lupa plak.. nnt saya update lain ya...

      Delete
  2. Thanx banyak share pictures.
    Seronok tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhir tahun jom la pegi Pesta Penang.. bwk anak2... best

      Delete
  3. lepas ni kalau nak mai penang lagi hello hello CT k.. jom kita pi jalan sama sama hihihi.. sekarang Bukit Bendera dah lagi cantik..

    ReplyDelete
  4. Kak. Dri uum amik masa berapa lama ke pineng?

    ReplyDelete
  5. Kak. Dri uum amik masa berapa lama ke pineng?

    ReplyDelete