Usaha membantu

by - Monday, January 05, 2015

assalamualaikum...

pagi tadi dapat what's up dari member group what's up keadaan rumah dia setelah beberapa hari banjir di Temerloh. salah seorang member saya, Iem menjadi mangsa banjir..
bila terjadi macam ni, ahli-ahli group lain pon mengambil berat juga la.. tiap-tiap hari tanyakan khabar dia.. risau jugak la..
dari penceritaan dia, kawasan rumahnya habis kena banjir. semasa air mula naik, family dia sempat angkut tv dan peti ais dan juga dokumen penting. yang lain semua tak sempat..


air banjir naik tinggi juga lah. tiap kali mesej pasti dia akan cakap sayangnya barang-barang dalam rumah,perabot,kain baju, pinggan mangkuk mak dia pnya. walaupon dia kadang-kadang dia cerita boleh lagi dok melawak dengan member lain.. saya tahu dari sudut hatinya terasa sedih juga bila keadaan rumah macam tu. dia plak terpisah dengan maknya. dia sempat pegi ke rumah mak sedaranya yang kawasan lebih tinggi, mak ayahnya tak sempat sebab air dah naik terpaksa berada di rumah abgnya.

selepas kami dapat tahu dia menjadi mangsa banjir. terus saya buat group whatsup untuk membincangkan bagaimana nak membantu si Iem. ye lah
.dulu suka, seronok sama² bila salah seorang member mengalami bencana macam ni tak kan tak nak membantu kan. sama² susah sama² senang..
mungkin ada wakil dari kalangan member akan pergi membantu, mgkin ada akan mnderma barang dan wang. saya sangat terkilan tak dapat pergi kerana sedang menunggu masa nak jawab exam final last year.
insyallah habis paper nanti, tengok keadaan dia macam mana.. kalau ada apa yang perlu di bantu insyallah saya akan usahakan.



katanya juga, kain pasang yang group kami beli satu kayu tu pon habis kena banjir..wrna pon dah lain.. sayangnya, dah la saya dan dia beli paling lebih kain.

apa pon sabar ya Iem, dugaan dan ujian Allah bagi.




You May Also Like

63 comments

  1. As'salam ..dah lihat mentari menyinar di celahan pepohon..hari ini. Ucapkan syukur ya.
    Melihat paparan gambar rasa amat simpati..banyak alat yang rosak dek kerana bah ni..memakan masa lama untuk kembali seperti biasa..yang hilang rumah lagi amat kasihan...

    ReplyDelete
  2. benar2 pilu..tapi apakan daya kita ya Zarul..kita tetap bersyukur dan WAJIB puji Allah kerana masih menyelamatkan insan di sana..Dia bagi ujian ..dan yakin lah ada pengganti yang lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu..kita patut bersyukur...
      mangsa yang hilang rumah tu lagi la...

      Delete
  3. Mudah2an Allah SWT menggantikan sesuatu yang lebih baik buat mereka... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Sedih sebak simpati semua ada... semoga merwka tabah dan sama-samalah kita bantu apa yang termampu buat mereka....

    ReplyDelete
  5. sedihkan...moga diorg tabah...kita bantu sebaik mungkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bantu mana mampu...insyaallah walaupon sedikit tapi ringankn beban

      Delete
  6. Semoga tabah menghadapi dugaan yg mendatang :(
    #prayforpantaitimur

    ReplyDelete
  7. Adusssss... Barang2 kena banjir tu kena buang ke? Kalu semua buang apa je tinggal... Adesss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa..SS semua perabot dia kata memang kena buang... pas2 dia kata pingan kaca dh pecah... beras beli byk tu hbis rosak...

      Delete
    2. Pelik! Cemana dia angkut peti ais? Angkut pakai apa? Bawak ke mana?

      Haaaa soklan tubi2... He He He....

      Delete
    3. SS dah macam polis pencen (hahhaa... statement cliche)

      Delete
    4. sebelum air byk tu sempat angkit naik lori.

      Delete
    5. CIk Luna Paris... SS boleh jadi CIA Malaysia tak? He He He...

      Delete
    6. Angkit tu apa Cik Zarul Farhana?
      * Matilah soklan cari pasal... He He He...

      Delete
    7. angkotan berjiwa setan hahaha
      *adeh cari pasal pulak kat sini*

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
    9. hehe.. up sikit laa SS.. geng expendable... amacam?

      Delete
  8. Bagusnyer.. bru semalam cuci rmh kena banir. mmg allh je yg tahu letihnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ada membantu la..nk cuci rumah tu teruk..air plak kecil saja

      Delete
  9. saya pun baru ni tengok rumah kawan sedih rasa. mampu tolong sikit sikit je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn mampu tgk sudah la heheheh

      Delete
    2. Hanya mampu membaca komen... He He He..

      Delete
  10. banyak gak tgk gambar2 dr whatapps dr mangsa banjir . ada yg terpaks tumpang rumah jiran sbb rumahnya tinggal tiang jer ... speechless lah . Bayangkan klu keluarga kita ...

    ReplyDelete
  11. minta kebenaran untuk bertukar link. Saya dah pun memasukkan link blog ni dalam bloglist saya.

    http://pentekan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah..saya online guna laptop nnt saya masukkan...

      Delete
  12. Allahuakbar......semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

    ReplyDelete
  13. banyak bersabar....itu adalah dugaan dan cabaran hidup.

    ReplyDelete
  14. Memang sedih bila ditimpa musibah macam ni kan...tapi kita kena kuat dan tabah..semua ada hikmahnya

    ReplyDelete
  15. sedih tak terkata bila tgokk keadaan banjir kali ni. tak terbuat entryyyy ;((

    ReplyDelete
  16. kesian nya...habis semuanya..bantu la apa yang terdaya..tu baru la namanya kawan..kan?/

    ReplyDelete
  17. kesiannye kawan awak ..semoga Allah beri lebih utk tahun ni 2015 ni ye .... sedih la

    ReplyDelete
  18. ada dua profil Zarul kan...Etuza mulanya keliru..tapi bila klik ja header blog sama ..ok tak apa

    ReplyDelete
  19. Kesian kat rakan ZF tu... Jika boleh kita sama-sama ringankan beban dia kan...

    ReplyDelete
  20. kasihannya kawan tu dan jugak mangsa2 banjir yg lain...mudah2an akan diberi yang lebih baik nantinya..

    ReplyDelete
  21. kasihannya kawan tu dan jugak mangsa2 banjir yg lain...mudah2an akan diberi yang lebih baik nantinya..

    ReplyDelete
  22. Kemusnahan yg total jugak bg byk mangsa tu.
    entah berapa lama lah agaknya dorg nak bangkit semula....
    doalah mereka bertabah....

    ReplyDelete
  23. dekat area mana kawasan rumah tu..tadi ada pusing2 tengok keadaan dekat area temerloh..memang agak teruk juga..

    ReplyDelete
  24. uuuish rosak teruk ni..
    kalau ada ruang membantu elokla dihulurkan..

    ReplyDelete
  25. teruk temerloh kena tahun ni, lipis dan jerantut boleh tahan teruk. Nasib baiklah, kuantan kebanyakan tempat tak naik air. Betul tu, waktu suka kita ada , waktu sedih mesti lah ada, kadang kala waktu sedih susah nak cari yang ada, tapi waktu gembira datang pun tak di jemput. Semoga segala urusan di permudahkan

    ReplyDelete
  26. Kita pandang pun rasa tak tertanggung, apa lagi orang yang menghadapnya. Nak kemas rumah, start all over again, ganti barang2 yang rosak...moga Allah permudahkan segala kesempitan mereka.

    ReplyDelete
  27. bila tengok gambar-gambar mangsa banjir ni, sedih sangat rasa. moga mereka tabah menghadapi apa yang terjadi ni..

    ReplyDelete
  28. Banyak benda yg perlu dipulihkan tu.. semoga dipermudahkan segalanya agar dpt dilakukan dgn tabah & sabar... aamiin..

    ReplyDelete
  29. Allahu. Peritnya dugaan kawan awak. Semogaa dia tabah. Allahu. Sedihh.

    ReplyDelete
  30. Harap2 kawan awak tu tabah menghadapi dugaan ni. Memang sedih bila fikir. Tgk keadaan rumah yg tunggang terbalik. Pastu dlm keadaan tak selesa lagi.

    ReplyDelete
  31. berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

    semoga beliau tabah mengharungi segala cabaran ini

    ReplyDelete
  32. Allahuakbar. xtau nak kata. sedih tgk. kalo sndiri kena lagi lah. hadoiyai.

    ReplyDelete
  33. masha ALLAH, teruk juga keadaan. masa cousin saya tunjukkan keadaan kat sana pun, rasa nak nangis je... kesian mangsa2 yang menghadapi musibah macam ni..

    ReplyDelete
  34. sis JM dapat merasai perasaan mereka apabila berada di sana semasa misi banjir..wordless

    ReplyDelete